Skip to main content

Dalami Bahasa Arab Di Kolej Islam Darul Ulum



Umum mengetahui betapa pentingnya penggunaan bahasa Arab dari dahulu sehingga kini. Malah ianya merupakan bahasa keilmuan. Tidak dapat dinafikan lagi, bahasa Arab mendominasi kitab-kitab Islamiyah baik dalam bidang syariah mahupun usuluddin. Selain faktor tersebut, kebanyakan universiti yang menumpukan pengajaran bidang-bidang agama menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Malahan kecenderungan para pelajar agama untuk menyambung pengajian di Universiti negara Timur Tengah menjadi salah satu faktor betapa pentingnya untuk mendalami dan memahami Bahasa Arab dengan begitu baik. Apa lagi sekarang ini dilihat, negara timur tengah juga mula merintis bidang-bidang selain agama yang mengguna bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar telah membuka pengajian kedoktoran yang kelazimannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar dan ianya berbeza dengan Universiti Al-Azhar yang menekankan penggunaan bahasa Arab.
Menjadi suatu kelaziman buat Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan program kem-kem berorientasikan pengajaran dan pengukukuhan Bahasa Arab untuk pelbagai peringkat. Bermula dari peringkat rendah yang di anjurkan pada bulan November berakhir Disember pada setiap tahun. Kem yang memfokuskan penyertaan peserta yang berumur 8 hingga 16 tahun dengan matlamat dan tujuan serta harapan para peserta lepasan kem ini mampu mengadaptasikan bahasa Arab di sekolah masing-masing.
Kolej Islam Darul Ulum meneruskan tradisi penganjuran Kem Bahasa Arab buat peringkat menengah yang bermula pada setiap bulan Januari hingga Febuari saban tahun. Kem yang dibuka kepada para pelajar lepasan SPM dan STAM yang sedang menunggu keputusan masing-masing disamping mengisi masa cuti dengan mendalami bahasa ini. Menekankan penguasaan komunikasi, pembacaan dan pemahaman bahasa Arab.
Kem yang sangat penting buat para pelajar khususnya yang bakal menyambung pengajian di Timur Tengah, Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan kem Bahasa Arab persediaan ke Timur Tengah. Bermula tahun 2013, tempoh kursus telah dilanjutkan kepada 4 bulan berbanding sebulan pada tahun-tahun yang berikut. Beberapa penambahbaikan agar lulusan kem ini mencapai  matlamat yang digariskan. Silibus yang bakal diguna adalah silibus dari Pusat Bahasa Arab Universiti Al-Azhar malah tenaga pengajar didatangkan khas dari universiti berkenaan. Selain itu, kem ini menekankan suasana arab dan fokus kepada soalan-soalan untuk ujian kelayakan Universiti Al-Azhar. Kem yang bermula pada 11 mac dan akan berakhir pada 8 Julai, dengan bayaran sebanyak RM 350 setiap bulan dihara mampu memberi pendedahan berkenaan Bahasa Arab agar para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Timur Tengah dalam keadaan penuh bersedia dan akhirnya memperolehi kejayaan di sana. Maklumat lanjut, boleh menghubungi talian pejabat Kolej Islam Darul Ulum 04-7825754 atau 012-5642132.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.