Skip to main content

Kursus Bahasa Arab Rendah 2012 Menutup Tirai…



Sebulan yang penuh dengan segala aktiviti yang bermanafaat buat 40 orang peserta Kursus Bahasa Arab Peringkat Rendah anjuran Kolej Islam Darul Ulum. Program yang bermula pada 25 Nov sehingga 25 Disember telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Islam Darul Ulum.
Para pelajar yang mendaftar kursus ini telah diberi pelbagai pendedahan berkenaan bahasa Arab yang mampu menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa tersebut. Ianya penting memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa yang mampu memberikan kefahaman yang baik dalam mengetahui selok belok berkenaan agama Islam.
Selain penguasaan bahasa arab yang menjadi tumpuan, para pelajar ini juga didedahkan berkenaan fardhu ain yang menjadi asas perlaksaan ibadah agar segala yang di amalkan itu berlandaskan ajaran Islam yang sebenar.
Para pelajar juga disuntik dengan semangat motivasi agar mereka berdaya saing dalam pelajaran di sekolah masing-masing. Malah pemilihan tempat untuk slot motivasi dibuat diluar KIDU. Para pelajar ini juga dibawa melawat sekitar Alor Setar dan beberapa tempat menarik di Kedah sebagai salah satu aktiviti tetap peserta KBA setiap tahun.
Kenangan yang sangat istimewa yang diperolehi oleh para pelajar ini adalah kesudiaan YAB Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah meluangkan masa untuk bertanya khabar dan makan bersama para peserta sempena kunjungan beliau ke Kolej Islam Darul Ulum. Malah, YAB Menteri Besar juga sudi untuk bergambar bersama peserta. Menunjukkan minat YAB Menteri Besar Kedah untuk melihat anak-anak pelajar yang berdaftar di sini menguasai dengan baik bahasa Al-Quran ini.
Semoga program-program sebegini akan sentiasa mendapat sambutan dari para pelajar dan waris.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !