Skip to main content

Tawaran Kursus Bahasa Arab Peringkat Menengah 2013



Menjadi kelaziman Kolej Islam Darul Ulum menganjurkan program-program berteraskan bahasa Arab yang menjadi keutamaan pendidikan di sini. Pelbagai program berteraskan bahasa Arab telah dianjurkan saban tahun. Bermula dengan peringkat rendah, menengah malah sehingga kepada kursus bahasa Arab untuk para pelajar yang bakal menyambung pengajian di Negara-negara Timur Tengah seperti Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya.

Pada tahun ini, menjadi fokus Kolej Islam Darul Ulum dalam memberikan pendidikan berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang sangat minat mendalami bahasa tersebut. Kem Bahasa Arab Peringkat Menengah khas untuk para pelajar lepasan SPM dan STAM kembali dianjurkan buat kali kelima pada tahun 2013. Kem yang akan bermula pada 13 Januari 2013 dan berakhir pada 20 Februarai (40 hari) akan menekankan 5 aspek pengajian di dalam kem ini. Pertamanya pembelajaran Bahasa Arab dengan 3 penekanan iaitu Penguasaan Komunikasi, Kefahaman Pembacaan dan Kehebatan di dalam penulisan dan sastera Arab.

Keduanya, kem ini akan menitik beratkan hal-hal berkaitan persediaan para pelajar yang akan menyambung ke Timur Tengah dengan mencipta suasana arab sepanjang kem. Malah pihak penganjur mendatangkan khas pensyarah dari Negara timur tengah agar para pelajar dapat menerapkan konsep arab sepanjang pengajian. Selain itu, kelas fardhu ain juga diberi penekanan di dalam kem ini agar para pelajar dapat mendalami ilmu-ilmu agama serta dapat melaksanakan ibadah dengan penuh keyakinan.


Motivasi pelajar juga tidak ketinggalan di masukkan sebagai silibus pengajian di kem ini. Bertujuan agar para pelajar mendapat suntikan motivasi untuk Berjaya di dalam pembelajaran masing-masing. Silibus terakhir, para pelajar diberi pendedahan berkenaan konsep kepimpinan dan seterusnya para pelajar akan diuji dengan ujian lapangan untuk turun berdakwah kepada masyarakat supaya menjadi kebiasaan buat para pelajar seterusnya bakal melahirkan para pemimpin yang bakal mewarisi perjuangan para ulama’.

Dengan hanya bayaran RM 799.00, ianya merangkumi semua berkaitan seperti Penginapan, Makanan, Nota dan Buku, Lawatan dan kunjungan, Beg Peserta, para peserta diharapkan mampu menjadi seorang pelajar yang mendalami bahasa Arab dengan baik agar dapat menguasai kitab-kitab Islamiyyah yang berlandaskan bahasa Arab selain mampu memahami Al-Quran dan Hadith Rasul dengan baik. Bagi pelajar yang berminat boleh menghubungi talian KIDU 04-7825754 atau Ustaz Hanifi 012-5642132. Pendaftaran adalah terhad khas untuk 80 orang sahaja dan sila datang untuk pendaftaran pada 13 Januari 2013.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !