Skip to main content

Suasana Hening 23 Jun 2012 – 10 Tahun Pemergian Insan Tercinta.


 10 tahun lalu, tarikh 23 Jun menggamit kesedihan yang teramat buat para pejuang-pejuang Islam di Malaysia khususnya dan Palestin umumnya. Bumi Muassasah Darul Ulum dibanjiri lautan manusia yang sangat dahsyat kehadiran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada insan yang sangat gigih memperjuangkan perjuangan Islam.  Siapa yang tidak mengenali almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang kelima.

Bumi Muassasah Darul Ulum adalah cetusan idea oleh beliau untuk melihat anak bangsa memahami agama Islam dengan lebih mendalam. Ucapan ketika majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan jiwa para pejuang Islam yang mencintai pendidikan dan ilmu.

Oleh yang demikian, Kolej Islam Darul Ulum terpanggil untuk menganjurkan majlis memperingati insan yang sangat berjasa kepada rakyat Kedah khususnya. Majlis Tahlil Perdana dan Bacaan Al-Quran 30 Juzu telah dianjurkan pada 23 Jun 2012 bertepatan 10 tahun pemergiaan almarhum. Majlis ini di adakan di Musolla Muassasah Darul Ulum. Ianya diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Subki Latif yang merupakan teman baik almarhum dan juga penulis buku “Ustaz Fadzil Noor, Dia Guru Dia Kawan”. Beliau telah menceritakan kisah-kisah menarik berkaitan keperibadian almarhum, sifat beliau dan sebagainya untuk kenangan semua pejuang Islam.  Di antara yang menarik diceritakan bagaimana kehebatan almarhum mematahkan hujah-hujah mereka yang mengkritik PAS. Malah, Tuan Haji Subki Latif menceritakan asal-usul keterlibatan almarhum di dalam perjuangan PAS bermula perlawaan Dato’ Abu Bakar Omar kepada almarhum untuk pulang ke Kedah dan memimpin PAS Kedah ketika almarhum masih menuntut di Mesir. Tidak dilupakan kisah almarhum dapat membina rumah hasil duit gaji yang terkumpul selepas beliau dipecat dari sebuah universiti akibat terlibat secara aktif dalam perjuangan PAS.

Di awal majlis, Ustaz Zawawi Haji Ahmad yang juga teman almarhum ketika menuntut di Maahad Mahmud menceritakan kisah keinginan almarhum dan rakan-rakan untuk pulang ke Malaysia dan membina institusi pendidikan yang ulung ketika masih menuntut di Mesir. Beliau menjelaskan, keinginan almarhum ini bertitik tolak kepada sistem pendidikan yang bercampur di antara silibus akademik dan agama yang menyebabkan para pelajar menjadi keliru. Wakil dari keluarga almarhum, YB Ustaz Ahmad Izzat Shauki menceritakan sifat ustaz fadzil yang dekat dengan Allah SWT. Malah almarhum sekali-kali tidak akan melayan sesiapa di saat almarhum membaca atau berzikir. Kerana itulah masa almarhum mendekatkan diri dengan Allah dan tidak mahu diganggu. Selain itu, almarhum seorang yang kuat ingatan sehingga mampu mengingati nama mereka yang almarhum temui walaupun bertahun selepas itu.

Majlis berakhir dengan jamuan makan kepada semua hadirin yang hadir.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !