Skip to main content

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA REKTOR IAIN RADEN FATAH, PALEMBANG, REPUBLIK INDONESIA




Majlis Ramah Mesra antara Wakil KIDU, Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, Saudara Mohd Hanifi bersama Rektor IAIN Raden Fatah, Palembang, Prof Dr Aflatun Muchtar, M.Ag di adakan pada 6 Oktober 2010 yang lalu. Majlis ini berlangsung di Ruangan Rektor IAIN Raden Fatah, Kantor Pusat. Inisiatif majlis ini di anjurkan memandangkan wakil KIDU berada di Palembang dalam rangka menghantar kumpulan ketiga lepasan KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di sini. Pada Majlis tersebut, pihak KIDU dan IAIN Raden Fatah sempat membincangkan beberapa hal untuk mengukuhkan hubungan kedua belah pihak.
Antara hal yang dibincangkan adalah pertukaran pelajar tahun akhir melibatkan kedua-dua institusi pengajian tinggi ini. Program pertukaran ini dicadangkan untuk dimulakan pada sesi pengajian ini dan melibatkan pelajar-pelajar yang berprestasi tinggi. Tujuan program ini adalah memberi pengalaman dan ilmu berkaitan dakwah dan keilmuan melibatkan dua Negara iaitu Malaysia dan Indonesia. Proses dan kaedah pertukaran ini akan dibincang lebih lanjut. Selain itu, pihak IAIN Raden Fatah juga bersetuju dengan cadangan KIDU untuk menganjurkan seminar bersama. Tajuk yang dicadangkan untuk di anjurkan seminar ini adalah pengembangan Ilmu Falak di Malaysia dan Indonesia. Pada majlis ini juga, kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menubuhkan R&D bersama dan menerbitkan majalah keluaran bersama. Sidang editor majalah tersebut akan di anggotai bersama.
Pada akhir majlis, pihak KIDU telah menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Pihak IAIN Raden Fatah. Turut hadir pada majlis ini adalah pembantu Rektor IV, Dr Kasinyo Harto dan Kepala Bagian Kantor Pusat, Bapak Muhayyan.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !