Skip to main content




Lawatan Yayasan Amal Sabah & Sarawak Ke Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum.
Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menempatkan Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum telah menerima kedatangan tetamu dari Yayasan Amal Sabah dan Sarawak pada 7 September 2010 yang lepas. Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum merupakan salah satu tempat destinasi rombongan ini di negeri Kedah selepas mereka berkunjung ke negeri Terengganu dan Kelantan. Rombongan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli rombongan tentang sejarah dan perkembangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang di asaskan oleh Almarhum Mantan Presiden PAS, Almarhum Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.
Rombongan seramai 26 orang ini diketuai oleh Ust Jamil dan disertai oleh peserta yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang sedang mengikuti program pemantapan dakwah di Selangor di bawah seliaan Yayasan Amal Malaysia.
Pihak Kolej Islam Darul Ulum diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, Saudara Mohd Hanifi telah menyampaikan taklimat kepada ahli rombongan berkaitan sejarah dan program yang ditawarkan oleh Kolej Islam Darul Ulum. Sebelum itu, ahli rombongan telah menziarahi pusara Almarhum Dato' Hj Fadzil Mohd Noor.



Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !