Skip to main content

Konvokesyen Insaniah – Graduan Lulusan KIDU.

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kali ke 12 pada 18 hingga 20 Oktober 2010 yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menempah sejarah tersendiri bagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) apabila lulusan pertama KIDU dari program 3 + 1 telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan yang lepas. Mereka adalah saudara Mohd Hadi bin Rafei, saudara Mohd Ridwan bin Hasyim, saudara Zahir Zubairi bin Zainol dan saudara Mohd Hafiz bin Zakaria.
Lulusan KIDU ini adalah kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir KUIN selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma di KIDU. Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abd Ghani bin Abdullah yang ditemui berkata, “Pihak Kidu berasa gembira dengan pencapaian pelajar-pelajar KIDU di KUIN dan ini membuktikan kemampuan lepasan KIDU untuk bersaing dengan mahasiswa-mahasiswa lain di peringkat ijazah. Selain mereka berempat, pelajar-pelajar lain juga menunjukkan pencapaian yang memberansangkan di KUIN dan lain-lain tempat pengajian yang mempunyai hubungan kerjasama dengan pihak KIDU”.
Turut hadir pada majlis ini adalah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan bin Abdul Razak, Menteri Besar Kedah bersama Tok Puan Isteri.
Pihak KIDU mengucapkan tahniah kepada semua graduan KUIN terutama lepasan KIDU yang menyambung pengajian di sana disamping berharap agar semua graduan dapat memanfaatkan ilmu yang ada untuk kebaikan dan dakwah Islamiah kepada masyarakat.
Tahniah Kepada Semua Lepasan KIDU yang memperolehi Ijazah Syrariah Sempena Konvokesyen KUIN kali ke 12

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !