Skip to main content

KUNJUNGAN KE MADRASAH MISBAHUL FALAH.



Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Pendaftar, Tuan Haji Che Din bin Arshad telah mengunjungi Madrasah Misabahul Falah pada 11 November yang lepas dalam rangka mengeratkan hubungan antara dua Institusi pengajian agama di Kedah ini. Madrasah Misbahul Falah yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi telah sekian lama beroperasi di Parit Panjang, Baling.
Sistem pengajian di Madrasah ini adalah mengekalkan kaedah pembelajaran yang asal seperti yang di ajar oleh pengasasnya. Madrasah ini yang lebih dikenali sebagai Pondok Lanai. Dalam kesempatan kunjungan kali ini, pihak KIDU telah menemui Pengetua Madrasah Misbahul Falah, Ustaz Mad Mukhtar, yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Tuan Haji Che Din berucap di awal pertemuan dengan menceritakan sejarah penubuhan KIDU serta tujuan dan matlamat penubuhannya. Pada pertemuan ini juga, pihak KIDU telah menawarkan kepada lepasan Madrasah ini untuk menyambung pengajian di peringkat diploma di KIDU.
Ustaz Mad Mukhtar yang mewakili Madrasah Misbahul Falah mengucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan KIDU dan menyatakan hasrat agar lepasan madrasah ini dapat diterima untuk menyambung pengajian di peringkat diploma di KIDU.
Selain itu, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk merangka draf bersama agar hasrat melihat generasi muda mendalami agama terus berkembang. Turut menyertai kunjungan ini adalah Ustaz Abdul Ghani bin Abdullah, Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP dan Saudara Mohd Hanifi bin Hj Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT

Comments

  1. Assalamulaikum....

    Hasil nukilan anak Haji Omar Zuhdi, mari la Follow..

    http://omarzuhditokayah.blogspot.com/

    Syukran... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !