Skip to main content

TAHLIL SEMPENA PEMERGIAN 8 TAHUN AL-MARHUM USTAZ FADHIL MOHD NOOR

KIDU sekali lagi menganjurkan Majlis Tahlil sempena pemergian 8 tahun al-Marhum Ustaz Fadhil Noor pengasas Muassasah Darul Ulum dan Presiden PAS. Program yang akan dimulakan selepas solat maghrib dab disudahi dengan slide tayangan sumbangan al-Marhum dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa KIDU.

Tahlil juga dica untuk semua arwah yang sumbangkan oleh waris melalui borang yang disediakan dan kepada seluruh pejuang Islam.

Al-Fatihah

Catatan tentang al-Marhum


ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR YANG SENTIASA DIRINDUI
Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu.

Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”.

Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang Islam kalau hampa nak manusia puji hampa. Hampa jangan dok perasan macam hampa ulama kalau perjuangan hampa hanya setakat serban, jubah dan kopiah”.

“PAS bukan untuk orang yang buru dunia. PAS adalah untuk orang yang buru akhirat. Hidup mulia atau mati syahid. Mati beriman. Hidup bermaruah. Minta ampun dengan Allah Ta’ala kalau ada buat dosa tapi jangan putus asa dengan Allah Ta’ala”.

“Mana ada manusia tak pernah buat dosa? Rasulullah saw jadi ma’sum sebab Allah Ta’ala belah dada dia. Dia manusia pilihan Allah Ta’ala untuk didik dan selamatkan kita semua. Dia kekasih Allah Ta’ala. Jangan dok pikiaq, ooooo kita banyak dosa, kita banyak dosa, lepas terus lupakan perjuangan”.

“Baca, faham dan kaji sejarah Umar al-Khattab. Baca sejarah Khalid al-Walid. Baca, faham dan kaji. Semua pernah lawan Islam tapi lepas depa taubat, mereka jadi orang orang yang mati hidup dengan Islam. Dosa hampa tentu bukan dosa lawan Islam. Dosa depa nih dosa lawan Islam. Allah Ta’ala terima depa dan bagi penghormatan kepada depa”.

“Yang penting, minta ampun dengan Allah Ta’ala walau di mana hampa berada. Allah Ta’ala Maha Mendengar. Hampa minta, InsyaAllah, Allah Ta’ala akan bagi. Dia bukan zalim atau kedekut macam manusia”.

“Jangan dok cari salah orang lain. Cermin diri sendiri dulu. Diri sendiri tu pun belum tentu masuk syurga. Jangan pertikai latar belakang orang lain. Jangan dok bahas iman orang lain. Jangan dok debat amalan orang lain. Tak pasai pasai masuk neraka pasai dok sibuk pasai orang lain. Cermin diri kalau nak masuk syurga. Syurga nih bukan hak milik sapa sapa. Jadi, toksah dok nilai iman dan amalan orang lain”.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !