Majlis Kenduri Kesyukuran melibatkan semua kakitangan dan warga kerja Sekolah Menengah Islam Darul Ulum ( SMIDU ) Kolej Islam Darul Ulum ( KIDU ) serta Pejabat Muassasah Darul Ulum ( MDU ) serta para pelajar seramai 400 orang. Majlis dijayakan dengan sumbangan daging kurban daripada penyumbang yang budiman pada Aidil Adha yang lalu.
Matlamat program berasaskan 3 tunggak seperti berikut :
Ukhuwwah Fillah
Mengeratkan ukhuwwah dan mahabbah antara semua warga di bawah Muassasah Darul Ulum ( MDU ) kerana Allah
Thadhiah
Sifat pengorbanan yang disemai bagi setiap warga muaasasah seperti pengorbanan binatang ternakan dikorbankan kerana Allah maka manusia yang tentunya lebih hebat daripada binatang akan sentiasa berkorban kerana Allah khususnya dalam jihad taklimi.
Mujahadah
Sifat utama yang perlu ada pada setiap muslim bagi membuktikan sayang kepada agama dan bukti cinta kepada Alah dan Rasul.
Semoga semua warga muassasah menghayati makna dan konsep penganjuran program yang dijalankan.
Comments
Post a Comment