Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah mengikuti rombongan ke Negara jiran, Thailand pada 19 dan 20 Mei yang lalu. Program ini merupakan program susulan selepas Persidangan Meja Bulat Pegawai Tinggi IKBA dan Mesyuarat Agung IKBA yang diadakan di Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Program lawatan ini dianjurkan oleh tuan rumah Mesyuarat Agung IKBA. Pihak KIDU diwakili oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin, Penolong Pendaftar dan Ustaz Mohd Firdaus Bin Hat, Penolong Pensyarah. Ahli rombongan berkumpul di KUIN pada jam 8.30 pagi dan kemudian berangkat menuju ke Bukit Kayu Hitam menaiki bas. Selepas memasuki Thailand, ahli rombongan telah dibawa melawat Pusat Islam Songkhla. Setibanya di sana, ahli rombongan telah disambut oleh Ustaz Haji Hashim selaku Timbalan Yang Di-Pertua Pusat Islam Songkhla. Selain itu, beberapa pimpinan Pejabat Sheikhul Islam juga menyambut ahli romb...