Keputusan peperiksaan STAM yang di umumkan pada hari ini menunjukkan peningkatan akademik dan keputusan calon-calon STAM dari Kolej Islam Darul Ulum yang memberansangkan. Peningkatan kelulusan di peringkat mumtaz cukup membanggakan kerana 2 orang dari 4 orang yang mendapat mumtaz telah memperolehi mumtaz keseluruhan subjek STAM ataupun lebih dikenali dengan Mumtaz Sofi. Ianya hasil dari sistem yang dibina khusus untuk para pelajar STAM di sini. Pendaftar KIDU, Ustaz Abdul Ghani Abdullah yang ditemui selepas pengumuman keputusan STAM melahirkan rasa syukur di atas perolehan kelulusan yang memberansangkan ini. Dua orang pelajar yang mendapat mumtaz sofi adalah Saudari Raha bt Sheikh Salleh dan Saudara Mohd Amiruddin Bin Zainal Abidin. Selain itu, 2 orang lagi yang mendapat mumtaz adalah Saudari Asma’ Mohamad dan Saudara Shamsul Bin Za’bar. Beliau yang ditanya mengenai perancangan masa depan untuk pembangunan pelajar STAM, Ustaz Abdul Ghani memaklumkan KIDU akan terus dengan konsep penga...