Skip to main content

Posts

LAWATAN RASMI IQDAR KE KIDU

9 Februari 2026 | Kolej Islam Darul Ulum Kolej Islam Darul Ulum Original (KIDU) telah dikunjungi oleh wakil-wakil Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR), bagi tujuan bertukar-tukar pandangan berkaitan pengurusan serta perbincangan potensi kerjasama akademik yang boleh dijalinkan antara kedua-dua institusi. IQDAR telah diwakili oleh: Timbalan Pengerusi Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) Pengarah IQDAR Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) IQDAR Timbalan Pengarah (HEA & HEP) IQDAR Rombongan IQDAR disambut oleh ahli-ahli Pentadbiran Eksekutif KIDU, antaranya: Pengerusi Majlis KIDU Pengarah KIDU Pendaftar KIDU Penolong Pendaftar (HEP) KIDU KIDU mengharapkan hubungan silaturrahim yang lebih erat hasil daripada lawatan ini, dan seterusnya bekerjasama bersama-sama dalam memperkasakan pendidikan Islam, khususnya dalam bidang pengajian Al-Quran pada masa akan datang. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) atas kesudian mereka ...

🤝🏻 SELAMAT DATANG DAN TAHNIAH 🤝🏻

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat datang kami ucapkan kepada; 1. YBhg Dr. Muhamad Noor Habibi bin Haji Long atas pelantikan sebagai Pengarah Kolej Islam Darul Ulum bagi sesi tahun 2026. 2. YBhg Ustaz Ibrahim bin Haji Baharuddin atas pelantikan sebagai Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum bagi sesi tahun 2026. Semoga amanah kepimpinan ini dapat dilaksanakan dengan penuh hikmah, keilmuan dan keberkatan demi kecemerlangan institusi dan pembangunan ummah. “Dan katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaan kamu.” (Surah At-Taubah: 105) Ikhlas daripada: Warga Kolej Islam Darul Ulum

🌹 PENGHARGAAN 🌹 JASAMU DIKENANG

Setulus penghargaan dan ucapan terima kasih kami rakamkan kepada; 1. YBhg Ustaz Haji Zawawi bin Ahmad , di  atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan dengan penuh keikhlasan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kolej Islam Darul Ulum. YBhg. Ustaz Zawawi akan terus menabur bakti di KIDU sebagai Karyawan Tamu . 2. YBhg Ustaz  Abdul Ghani bin Abdullah , atas segala jasa, pengorbanan dan komitmen yang telah dicurahkan dengan penuh keikhlasan di Kolej Islam Darul Ulum sebagai Pendaftar KIDU . YBhg. Ustaz Abdul Ghani akan berkhidmat di Madrasah Takwiyatul Islamiah Pondok Bukit Lada. Semoga segala kebaikan dibalas  dengan ganjaran pahala yang berlipat ganda  oleh Allah SWT. “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia.” Ikhlas daripada: Warga Kolej Islam Darul Ulum

Sekitar Program Haul

 

Ketua Pegawai Eksekutif KIDU

 

Panorama Masjid Muassasah Darul Ulum

 

اهلا وسهلا ومرحبا

 كفد سموا فلاجرر بارو  كوليج اسلام دار العلوم  سيسي ٢٠٢٤-٢٥

Wajah Baru Bilik Tetamu dan Bilik Mesyuarat ( masih dalam proses )

 

Sesi Libat Urus Penjenamaan Baru Pengajian di Muassasah Darul Ulum

 

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024

 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

SALAM LEBARAN 1444 H

SALAM LEBARAN 1444 H Hari ini sudah memasuki pertengahan bulan Syawal. Tidak terlambat rasanya kami warga Kolej Islam Darul Ulum mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Lebaran 1444 H kepada semua ummat islam. Minai aidin wal faizin .

Ramadan Kareem 1444 H

Bismillah, Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana masih diberikan peluang untuk meneruskan sisa baki kehidupan di bumi waqafan Kolej Islam Darul Ulum ini. Sebulan sudah kita berpuasa dan kini sudah berada di pertengahan bulan Syawal.  Team Ihya' Ramadan dengan teruja dan berasa sangat berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang tidak lokek dengan sumbangan berbentuk wang ringgit dan barangan bagi berkongsi rezeki menampung kos makanan sepanjang bulan mulia ini.  Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih. Semoga para penyumbang dikurniakan rezeki yang melimpah , dipermudahkan segala urusan dunia, akhirat dan beroleh Syurga di sana nanti :)