KIDU sekali lagi menganjurkan Majlis Tahlil sempena pemergian 8 tahun al-Marhum Ustaz Fadhil Noor pengasas Muassasah Darul Ulum dan Presiden PAS. Program yang akan dimulakan selepas solat maghrib dab disudahi dengan slide tayangan sumbangan al-Marhum dikendalikan oleh Persatuan Mahasiswa KIDU. Tahlil juga dica untuk semua arwah yang sumbangkan oleh waris melalui borang yang disediakan dan kepada seluruh pejuang Islam. Al-Fatihah Catatan tentang al-Marhum ALMARHUM USTAZ FADHIL NOOR YANG SENTIASA DIRINDUI Aku kenal perjuangan PAS secara jelas menerusi Ust Fadhil. Terima kasih kepada Rasydan dan Muhaimeen yang kenalkan aku kepada Ust Fadhil ketika mula mula aku pijak universiti dulu. Hampir setiap minggu, pasti ada nasihat yang Ust Fadhil titipkan kepada kami bertiga. Paling kurang pun Ust Fadhil akan pesan “Tunaikan solat kerana solat itu amanah Allah swt supaya kita layak digelar hamba-Nya”. Ust Fadhil pesan – “Jangan masuk PAS kalau hampa cari dunia. Jangan panggil diri hampa pejuang I...