Lawatan Yayasan Amal Sabah & Sarawak Ke Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum. Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang menempatkan Kolej Islam Darul Ulum dan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum telah menerima kedatangan tetamu dari Yayasan Amal Sabah dan Sarawak pada 7 September 2010 yang lepas. Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum merupakan salah satu tempat destinasi rombongan ini di negeri Kedah selepas mereka berkunjung ke negeri Terengganu dan Kelantan. Rombongan ini bertujuan memberi pendedahan kepada ahli rombongan tentang sejarah dan perkembangan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum yang di asaskan oleh Almarhum Mantan Presiden PAS, Almarhum Dato' Hj Fadzil Mohd Noor. Rombongan seramai 26 orang ini diketuai oleh Ust Jamil dan disertai oleh peserta yang berasal dari Sabah dan Sarawak yang sedang mengikuti program pemantapan dakwah di Selangor di bawah seliaan Yayasan Amal Malaysia. Pihak Kolej Islam Darul Ulum diwakili oleh Penolong Pendaftar Perhubungan A...