Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah yang dianjurkan oleh Kolej Islam Darul Ulum kembali menghiasi musim cuti sekolah pada tahun ini. Pada tahun lalu, program ini tidak dapat dianjurkan atas beberapa sebab teknikal. Namun, dengan permintaan dan rasa tanggungjawab, Pentadbiran Kolej Islam Darul Ulum bersetuju untuk menganjurkan semula dengan penambahan serta penambah baikkan dari pelbagai sudut agar para pelajar yang menyertai program ini akan bertambah ilmu dan pengalaman. Program Kem Bahasa Arab peringkat rendah pada tahun ini akan bermula pada 27 November 2011 hingga 18 Disember 2011. Program selama 21 hari ini akan menekankan beberapa aspek sebagai silibus kem. Aspek-aspek tersebut adalah Penguasaan Bahasa Arab dari sudut penulisan, pemahaman dan pembacaan. Aspek lain yang ditekankan adalah fardhu ain dan asas-asas kepimpinan selain sesi hafalan al-Quran. Program ini hanya menerima 80 orang pelajar sahaja untuk diasuh dan dididik oleh guru-guru berpengalaman lepasan dari timur tengah. ...