Sempena penganjuran Sambutan Maulidurrasul 1433 H yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan minum petang (Hi-Tea) bersama YB Tuan Haji Khalid Samad sebagai platform untuk mengumpul Dana Pendidikan dan Kebajikan Pelajar Kolej Islam Darul Ulum. Dalam ucapan alu-aluan, al-Fadhil Ustaz Abdul Ghani Abdullah selaku Pendaftaran Kolej Islam Darul Ulum telah menyebut tentang sejarah penubuhan Kolej Islam Darul Ulum. Dimulai dengan hasrat yang dikemukakan oleh al-Marhum Dato’ Fadzil Noor yang ingin melihat anak bangsa terpelajar dengan pengajian Islam. Sekalipun pelbagai rintangan yang harus dilalui, KIDU telah beroperasi selama 15 tahun semenjak penubuhannya. Dengan bilangan pelajar yang tidak menentu, terkadang ada dan terkadang kurang, namun ianya bukanlah sebagai pemutus semangat untuk terus bergerak. KIDU melihat inisiatif menganjurkan kelas STAM sebagai daya tarikan yang baru untuk perkembangan pengajian berteraskan Syariah. Dengan guru-guru yang berpengalaman dalam ...