Skip to main content

Artikel Kolej Islam Darul Ulum

APLIKASI TAQWA DALAM ORGANISASI Oleh: Ustaz Abdul Ghani bin ‘Abdullah Pendaftar Kolej Islam Darul ‘Ulum (KIDU) {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ ما قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِما تَعْمَلُونَ} Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan untuk hari esok. Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Surah al-Hasyr: 18) Ayat ini (dan ayat-ayat yang semaksud dengannya) setiap minggu kita akan bacakan atau dengarkan dalam khutbah juma’ah. Sebagaimana hebatnya makna dan fungsi zakat dalam agama sehingga Allah pasti menghubungkan ayat solat dan zakat, sehingga Saiduna Abu Bakr membuat ‘bid’ah’ memerangi golongan yang tidak memerangi zakat, begitu jugalah hebatnya arahan supaya bertaqwa, Allah gabungkan sekali dengan tugasan yang perlu dilakukan. Dan pastinya ia mempunyai satu maksud yang hebat sehingga al-Imam as-Syafi’e menjadikannya rukun untuk dibaca setiap khutbah. Namun, kegagalan umat Islam di era kini untuk memahami, mengkaji dan mengaplikasikan arahan atau kisah-kisah yang ada di dalam al-quran dalam konteks seharian membuatkan kita terpaksa mengimport ilmu pengurusan organisasi daripada eropah yang masyhur dengan pemisahan agama daripada kehidupan seharian mereka. Kemudiaanya kita menyalahkan eropah (barat) kerana kesekularan mereka. Perihal pakej kepimpinan organisasi sudahpun dirakamkan di dalam Surah an-Naml ayat 15 dan 16, penyelesaian terhadap perbezaan pandangan ada di dalam Surah al-Anbia’ ayat 78 dan 79, mewujudkan sistem birokrasi dalam pentadbiran ada dalam surah an-Naml ayat 17, mengenai pakej pekerja organisasi ada di dalam Surah an-Naml ayat 20, ketegasan pemimpin, sikap pengerusi mesyuarat, mengambil kedatangan sebelum memulakan mesyuarat dan sebagainya sudah terakam di dalam al-quran. Perkara sebeginilah yang perlu diterokai oleh umat Islam dan seterusnya memperkenalkannya kepada dunia dengan bahasa yang semasa untuk diaplikasi manusia bagi bagi membawa Islam kembali menaungi alam PERIHAL AYAT TAQWA Tidak kurang dari 46 kali allah SWT menyebut perihal taqwa samada dalam bentuk amar (kata suruh), mahupun pernyataan. Dan setakat pengetahuan penulis, tidak ada khilaf dari kalangan ulama’ bahawasanya kalam Allah SWT adalah mukjizat lafaz dan maknanya. Namun, kegagalan umat Islam mengeluarkan kehebatan susunan, hikmah arahan al-quran membuatkan al-Quran hanya menjadi sumber pahala dan bahan pengajaran di dalam kelas. ANALOGI Sebagai seorang ibu dan ayah, apa yang bakal kita lakukan sekiranya kita ingin menyampaikan suatu amanat yang AMAT PENTING kepada anak. Manakah antara berikut akan menjadi pilihan utama tindakan kita? 1. Panggil acik dan berpesan kepada beliau agar sampaikan maklumat ini kepada along. 2. Memberikan maklumat kepada acik dengan nada yang kuat (menjerit) agar disampaikan kepada along. 3. Memberikan maklumat kepada along dengan nada yang kuat (menjerit). 4. Memanggil along untuk berjumpa, saling menghadap lalu disampaikan maklumat tersebut. Yang mana satukah pilihan kita? Saya mengirakan kita semua sependapat untuk memilih yang keempat kerana sesuatu yang diterima secara dharurat (common sense ) sekiranya kita ada maklumat yang sangat penting, maka maklumat tersebut harus disampaikan terus kepada orang yang hendak dituju secara terus. Begitu jugalah dengan ayat di atas. Sekiranya diperhatikan konteks ayat ini (سياق الآية) tidak ada sebarang panggilan (منادى )bermula dari ayat 1 hinggalah ayat 17, kenapa tiba-tiba sahaja Allah memberikan arahan selepas ‘bercerita’. Tidak lain tidak bukan, pastinya kerana apa yang Allah nak sampaikan pada ayat ini tersangatlah penting. MENGEKALKAN MA’THURAT TAFSIR Benar sekali pernyataan di atas. Kebanyakan pentafsiran (sepengetahuan penulis) akan menghuraikan sekitar taqwa dan setiap amalan akan dibawa ke hari akhirat untuk dihisab. Para mufassirin menghuraikan dengan menggunakan kaedah yang ma’thur atau kaedah yang ma’qul mengikut kesesuaian zaman mereka. Untuk penulisan ini, penulis tidak bercadang untuk mengulang semula apa yang sudah tercatat dalam kutub tafasir, tetapi cuba untuk membawa para pembaca untuk melihat ayat taqwa ini dari sudut pengurusan organisasi. Dari itu, penulis luncurkan kertas kerja ini untuk diperbahas, dikritik dan dimurnikan dan seterusnya dijadikan sebagai panduan dalam setiap gerakerja yang dilakukan di Muassasah Darul Ulum ini. MEMAHAMII DALIL SELARI DENGAN KEPERLUAN SEMASA Tidak ada khilaf bahawasanya metodologi pentafsiran haruslah al-quran dengan al-quran atau dengan hadis atau dengan pentafsiran para sahabat. Namun, di samping itu ia juga boleh dilihat dari sudut yang berbeza dengan SYARAT tidak lari dari disiplin pentafsiran. Maka, untuk penulisan ini penulis akan menggunakan kaedah bahasa arab untuk melihat panduan al-Quran dalam menguruskan organisasi. Kertas kerja ini bukanlah untuk mentafsirkan al-quran dengan menggunakan ilmu alat moden seperti sains, teori pengurusan dan sebagainya tetapi hanya untuk melihat ayat ini dari sudut yang berbeza. Ini sebagaimana boleh dilihat dalam hadis: ..وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي.. Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang imam, maka ia memberi maksud pergerakan imam mestilah mendahului makmum. Sekiranya kita melihat dari sudut pergerakan seorang makmum, maka ia memberi maksud pergerakan makmum mestilah seusai pergerakan imam. Sekiranya kita melihat dari sudut seorang sikap makmum, apakah dia dilarang secara mutlak (haram) untuk melihat selain dari tempat sujudnya(namun digalakkan untuk melihat tempat sujud)? Tidak, ini kerana Nabi SAW berpesan agar melihat pergerakannya terlebih dahulu, maka para sahabat perlu melihat imam, bukan hanya tempat sujud. Sekiranya kita melihat dari sudut seorang keutamaan solat berdua atau ramai, maka hadis ini menunjukan keutamaan solat secara beramai-ramai. Ini kerana pesanan Nabi SAW inidi sebut secara jama’ dan bukan mufrad atau muthanna. Sekiranya kita melihat dari sudut sikap yang perlu ada bagi umat Islam ialah sentiasa berda’wah samada dengan perilaku ataupun percakapan. Sekiranya kita melihat dari sudut kenegaraan, seorang Perdana Menteri perlulah daripada orang yang boleh memimpin rakyatnya menunaikan solat, mendidik rakyatnya agar sentiasa mendahulukan Allah. Dan keutamaan (sekiranya semua syarat-syarat menjadi imam sama) untuk menjadi imam ialah pemimpin organisasi. Dan banyak lagi. Semuanya diambil dari hadis yang sama, Cuma cara memandang yang berbeza. Semuanya sesuai digunakan mengikut sasaran dan subjek pengajaran. Samalah seperti melihat al-quran dari teropong sains. Ia bukan bermasud mentafsirkan al-quran, Cuma melihat ayat al-quran dari sudut yang berbeza. Sebaagi contoh لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (al-hadid: 25) Sekiranya diamati, segelintir kitab tafsir (yang penulis dapati) menceritakan kelebihan besi dan penggunaannya untuk sembelihan dan peperangan. Namun, para saintis moden mendapati keajaiban surah ini. Kedudukan surah ini (nombor surah dan nombor ayat) menceritakan komposisi besi dan penggunaannya untuk ilmu perubatan. Malangnya, semua penemuan ini dilakukan oleh saintis barat yang akhirnya ditemui kasil kajian mereka oleh orang Islam dan melihat keselariannya dengan al-quran. Persoalannya ialah kenapa umat Islam sendiri tidak mengeluarkan mukjizat-mukjizat yang ada di dalam al-quran untuk dikaji dan dikembangkan. bersambung......

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !