Skip to main content

Diskusi Ilmiah Intelektual Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum mengorak langkah ke hadapan dengan penganjuran Diskusi Intelektual yang membicarakan perkara-perkara terkini untuk pengetahuan para pelajar. Terkini, program tersebut yang di anjurkan pada jumaat yang lalu, 30 Mac 2012 membicarakan dua isu utama.
Pembentang pertama, Ustaz Mohd Firdaus Hat yang merupakan seorang Pegawai Penyelidik di Pusat Kajian Fiqh Semasa telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Ijtihad Ulama’ PAS dan Ulama’ UMNO, Yang mana diterima Allah : Pendekatan KIDU menanganinya”. Kertas kerja yang dilihat bersifat politik, namun huraian yang telah dibentangkan adalah untuk menambah pengetahuan para pelajar berhubung cara dan tatakelola untuk berijtihad dalam sesuatu perkara. Para pelajar disediakan kertas kerja yang dijual dengan harga yang murah sebagai ilmu yang sangat baik untuk semua.Beliau juga merupakan mantan Penolong Pensyarah KIDU. Kertas kerja kedua bertajuk “Pakej Ulama’ Dalam Gerakan Islam ” telah dibentang oleh Ustaz Mohd Ridhauddin Bin Mohd Salleh, Penolong Pensyarah di Kolej Islam Darul Ulum. Kertas kerja ini adalah sebagai ilmu tambahan untuk para pelajar KIDU yang bakal graduan dan seterusnya lahir sebagai ulama yang akan menyebarkan Islam secara syumul.
Kolej Islam Darul Ulum dari masa ke semasa akan menganjurkan program-program yang sedemikian untuk pemantapan ilmu para pelajar malah ianya terbuka kepada umum. Maklumat program akan disampaikan dari masa ke semasa.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024