Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Diskusi Ilmiah Intelektual Kolej Islam Darul Ulum

Kolej Islam Darul Ulum mengorak langkah ke hadapan dengan penganjuran Diskusi Intelektual yang membicarakan perkara-perkara terkini untuk pengetahuan para pelajar. Terkini, program tersebut yang di anjurkan pada jumaat yang lalu, 30 Mac 2012 membicarakan dua isu utama. Pembentang pertama, Ustaz Mohd Firdaus Hat yang merupakan seorang Pegawai Penyelidik di Pusat Kajian Fiqh Semasa telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Ijtihad Ulama’ PAS dan Ulama’ UMNO, Yang mana diterima Allah : Pendekatan KIDU menanganinya”. Kertas kerja yang dilihat bersifat politik, namun huraian yang telah dibentangkan adalah untuk menambah pengetahuan para pelajar berhubung cara dan tatakelola untuk berijtihad dalam sesuatu perkara. Para pelajar disediakan kertas kerja yang dijual dengan harga yang murah sebagai ilmu yang sangat baik untuk semua.Beliau juga merupakan mantan Penolong Pensyarah KIDU. Kertas kerja kedua bertajuk “Pakej Ulama’ Dalam Gerakan Islam ” telah dibentang oleh Ustaz Mohd Ridhauddin