Umum mengetahui betapa pentingnya penggunaan bahasa Arab dari dahulu sehingga kini. Malah ianya merupakan bahasa keilmuan. Tidak dapat dinafikan lagi, bahasa Arab mendominasi kitab-kitab Islamiyah baik dalam bidang syariah mahupun usuluddin. Selain faktor tersebut, kebanyakan universiti yang menumpukan pengajaran bidang-bidang agama menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Malahan kecenderungan para pelajar agama untuk menyambung pengajian di Universiti negara Timur Tengah menjadi salah satu faktor betapa pentingnya untuk mendalami dan memahami Bahasa Arab dengan begitu baik. Apa lagi sekarang ini dilihat, negara timur tengah juga mula merintis bidang-bidang selain agama yang mengguna bahasa Arab sebagai bahasa pengantar. Sebagai contoh, Universiti Al-Azhar telah membuka pengajian kedoktoran yang kelazimannya menggunakan bahasa Inggeris sebagai pengantar dan ianya berbeza dengan Universiti Al-Azhar yang menekankan penggunaan bahasa Arab. Menjadi suatu kelaziman buat Ko...