Skip to main content

Tawaran Program Kursus Bahasa Arab, Tahfiz dan Persediaan STAM di KIDU


Kolej Islam Darul Ulum yang ditubuhkan 15 tahun yang lalu sangat sinonim dengan kursus-kursus berorientasikan bahasa Arab. Di antara kursus yang pernah dan sedang dijalankan di sini adalah kursus bahasa Arab peringkat rendah yang menumpukan kemantapan bahasa arab dan memupuk minat para pelajar yang berumur 8 tahun hingga 16 tahun. Selain itu, pihak KIDU juga menawarkan kursus bahasa arab peringkat menengah untuk para pelajar lepasan SPM dan STAM. Selain memupuk minat untuk mempelajari bahasa ini, Kolej Islam Darul Ulum juga membuat beberapa pendekatan agar para pelajar cenderung untuk berkomunikasi di dalam bahasa Arab.
Mac lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menganjurkan program kursus bahasa Arab peringkat persediaan ke timur tengah. Ianya dinaiktaraf dari tahun-tahun sebelumnya apabila tempoh pengajian di lanjutkan dari sebulan ke empat bulan. Dengan harapan para pelajar yang bakal menyambung pengajian ke timur tengah khususnya mesir akan lebih berkeyakinan dalam menggunakan bahasa Arab. Kursus tersebut juga menekankan eleman penguasaan tatabahasa bahasa Arab dengan baik. Di anjurkan bermula 11 Mac hingga 7 Julai 2013
Untuk program terkini, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan menganjurkan program Kursus Bahasa Arab, Tahfiz dan Persediaan STAM. Program yang unik apabila digabungkan 3 elemen utama bagi seorang pelajar yang ingin berjaya di dalam STAM. Elemen pertama adalah penguasaan dan kemantapan dalam bahasa Arab yang akan memudahkan bakal calon STAM 2014 menguasai mata pelajaran STAM yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan bahasa mata pelajaran keseluruhannya.

Mata pelajaran tahfiz juga diperkenalkan di dalam program ini dengan harapan akan memudahkan para pelajar menguasai Al-Quran dengan baik dari sudut pembacaan, pemahaman dan hafalan. Selain itu, al-Quran yang juga merupakan mata pelajaran wajib yang terdapat di dalam silibus STAM. Ianya menjadi elemen kedua yang diperkenalkan di dalam kursus ini.
Elemen yang terakhir adalah persediaan untuk menduduki STAM 2014. Para pelajar akan didedahkan lebih awal berkenaan mata pelajaran dan sukatan pengajian di peringkat STAM agar pelajar bersedia mengikuti dan menduduki STAM pada tahun berikutnya. Kursus ini ditawarkan selama 5 bulan bermula 20 ogos hingga 20 disember 2013. Dengan yuran yang menjangkaui para pelajar dan ibu bapa, hanya RM 350 setiap bulan merangkumi yuran pengajian, asrama dan makanan.
KIDU memperlawa para pelajar yang bakal menduduki STAM 2014 atau mana-mana individu yang berminat untuk mendaftar dan mengikuti kursus ini. Tempat adalah terhad untuk 40 orang sahaja. Untuk maklumat lanjut, boleh menghubungi talian pejabat KIDU 04-7824070 atau Ustaz Hanifi 012-5642132.

Comments

  1. Salam.untuk STAM 2014 bila mula pengajian? saya SPM 2013. terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.