Skip to main content

Aidiladha Lambang Mukmin Sejati

Kisah Nabi Ibrahim dan keluarga baginda adalah lambang ketaatan dan kepatuhan yang luar biasa bagi seorang mukmin sejati yng diradhi Allah swt. Inilah contoh unggul sepanjang zaman yang dikekalkan kisahnya di dalam al-Quran buat renungan dan tatapan generasi muslim hari ini bagi mencontohi dan mentauladani kisah agung keluarga mithali ini. Nabi Ibrahim selaku suami yang soleh pilihan Allah bersama isteri solehah Siti Hajar dan anak yang soleh Nabi Ismail melaksanakan perintah Allah swt dengan penuh yakin dan tawakkal tampa sekelumit rasa sedih dan menyesal melaksanakan apa yang diperintahkan Rabbul Izzah walau pada perkiraan manusia suatu yang tidak logik.Ditinggalkan di padang pasir yang kering kontang tampa manusia dan kemudahan asas kemudian diperintahkan untuk disembelihkan anak sendiri untuk korban semuanya perintah yang pasti menguji iman dan keyakinan kepada Pencipta. Semuanya dilalui dan dilaksanakan secara bersungguh-sungguh kerana hanya satu perkara bahawa  ia adalah perintah dari Allah swt.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.