Skip to main content

Objektif dan Tema KIDU

 


Objektif

 

S  Menjadikan KIDU sebuah institusi pendidikan Islam yang unggul dalam memperkembangkan ilmu Islam bersumberkan kitab-kitab turath (penulisan ulamak terdahulu) dan muasarah (penulisan ulamak terkini) kepada masyarakat..

 

S  Melahirkan individu ulama amilin yang faqih dan mahir dalam memimpin ummah pada masa hadapan.

 

S  Menjadi institusi pendidikan ummah yang menjadi rujukan  masyarakat dan memberi kemudahan kepada masyarakat bagi mendalami ilmu agama  secara tidak membebankan

 

 

Tema

 

Melahirkan ‘Ulamak ‘Amilin

 

 

Visi *

 

Menjadi sebuah Pusat Kecemerlangan Islam berteraskan ilmu yang mampu memenuhi keperluan dan menangani permasalahan ummah

 

 

MISI*

 

Melahirkan ulamak yang mampu melaksanakan Islam sebagai cara hidup, melahirkan intelektual yang berkemampuan dalam pelbagai bidang kehidupan dan mampu menangani permasalahan ummah dan negara berasaskan pengajian yang bersumberkan kitab turath      (penulisan ulama terdahulu) dan muasarah (penulisan ulamak kontemporari).

 

 

* Hasil Resolusi Bengkel Halatuju KIDU 2012 di Jerai Rajency Hill 

 

 

 

Kita ingin melahirkan individu pelajar yamg mempunyai

Sepuluh *( 10 ) sifat berikut :

 

# Aqidah yang sejahtera

# Ibadah yang sempurna

# Akhlak yang luhur

# Anggota yang sihat dan cergas

# Menepati waktu

# Pengurusan yang cekap

# Berilmu

# Aktif dan cergas

# Sedia berkhidmat dan berjuang

#  Mampu melawan hawa nafsu

 

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja.