Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

KUNJUNGAN KE MADRASAH MISBAHUL FALAH.

Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Pendaftar, Tuan Haji Che Din bin Arshad telah mengunjungi Madrasah Misabahul Falah pada 11 November yang lepas dalam rangka mengeratkan hubungan antara dua Institusi pengajian agama di Kedah ini. Madrasah Misbahul Falah yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi telah sekian lama beroperasi di Parit Panjang, Baling. Sistem pengajian di Madrasah ini adalah mengekalkan kaedah pembelajaran yang asal seperti yang di ajar oleh pengasasnya. Madrasah ini yang lebih dikenali sebagai Pondok Lanai. Dalam kesempatan kunjungan kali ini, pihak KIDU telah menemui Pengetua Madrasah Misbahul Falah, Ustaz Mad Mukhtar, yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Tuan Haji Che Din berucap di awal pertemuan dengan menceritakan sejarah penubuhan KIDU serta tujuan dan matlamat penubuhannya. Pada pertemuan ini juga, pihak KIDU telah menawarkan kepada lepasan Madrasah ini untuk menyambung pengajian di peringkat diploma di KIDU. Ustaz Mad Mukhtar yang mew

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin

Kem Cuti Sekolah 2010 di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum

Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum dipilih sebagai lokasi penganjuran kem-kem sempena cuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah menengah pada tahun ini. Penganjuran program yang dikelolakan oleh Unit Pembangunan Insan Kedah ini bertujuan mengisi masa cuti para pelajar dengan aktiviti yang berfaedah serta memberi manafaat dan kebaikan kepada mereka. Selain itu, ia bertujuan mengelakkan para pelajar dari terlibat dengan kegiatan yang melalaikan serta membawa kepada kerosakan. Antara slot yang ada pada kem kali ini adalah ceramah motivasi, pembelajaran kaedah solat yang betul dan sebagainya. Ibu bapa dijemput untuk menghantar anak-anak mereka ke kem-kem seperti berikut yang di anjurkan di Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum seperti berikut: Nama Kem : Kem Bina Insan Tarikh : 22 / 11 / 2010 sehingga 25 / 11 / 2010 Bayaran : RM 20.00 Tempat : Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum Peserta : Pelajar berumur 13,14 dan 15 Tahun Nama Kem : Kem Bina S

Mesyuarat Ikatan Kolej-Kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA).

Kolej Islam Darul Ulum yang menganggotai Ikatan Kolej-kolej Berkembar Antarabangsa (IKBA) telah menghadiri mesyuarat IKBA pada 25 Oktober yang lalu. Mesyuarat kali ini bertempat di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Perta (KIAS), Nilam Puri Kelantan. KIDU telah diwakili oleh Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abdul Ghani bin Abdullah dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan Teknologi Maklumat, saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin. Pada mesyuarat kali ini, ahli mesyuarat telah sebulat suara melantik Dr Johari bin Mat, Pengarah KIAS sebagai Setiausaha Agung IKBA yang baru. Antara lain, pihak mesyuarat juga membincangkan beberapa hal untuk kebaikan bersama antara ahli ikatan dalam mengembangkan pendidikan kepada anak bangsa untuk masa depan yang lebih baik. Pihak KIDU mengucapkan Tahniah kepada Dr Johari bin Mat atas perlantikan beliau sebagai Setiausaha Agung IKBA.

Konvokesyen Insaniah – Graduan Lulusan KIDU.

Majlis Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (KUIN) kali ke 12 pada 18 hingga 20 Oktober 2010 yang telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Alhaj Abdul Halim Muadzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menempah sejarah tersendiri bagi Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) apabila lulusan pertama KIDU dari program 3 + 1 telah mendapat keputusan cemerlang pada peperiksaan yang lepas. Mereka adalah saudara Mohd Hadi bin Rafei, saudara Mohd Ridwan bin Hasyim, saudara Zahir Zubairi bin Zainol dan saudara Mohd Hafiz bin Zakaria. Lulusan KIDU ini adalah kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir KUIN selepas menamatkan pengajian di peringkat diploma di KIDU. Penolong Pendaftar Pentadbiran dan HEP, Ustaz Abd Ghani bin Abdullah yang ditemui berkata, “Pihak Kidu berasa gembira dengan pencapaian pelajar-pelajar KIDU di KUIN dan ini membuktikan kemampuan lepasan KIDU untuk bersaing dengan mahasiswa-mahasiswa lain di peringkat ijazah. Selain mereka ber