Amanat Al-Marhum Dato Haji Fadhil Mohd Nor " Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup,melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani pemasalahan Ummah dan negaraā€¯ Berasaskan kenyatan di atas KIDU akan menawarkan Program Pengajian Tafaqquh Fid Din secara talaqqi bersama ulamak bermula Feb 20011.Program tersebut terbuka kepada semua lepasan Ijazah Pertama Pengajian Islam daripada universiti dalam dan luar negara.Kumpulan pertama pelajar disasarkan sekitar 20 hingga 25 orang sahaja dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pengajian dan penginapan sepenuhnya di Kolej Islam Darul Ulum.Tempoh pengajian adalah sekitar tiga tahun dengan sukatan pengajian berasaskan Madrasah Tafaqquh yang pernah dijalankan di Masjid Muhammadi Kelantan,Madrasah Solatiah serta Pengajian Tafaqquh di Masjid Ha...