Skip to main content

Lulusan KIDU Menamatkan Pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah


Kolej Islam Darul Ulum sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila lulusan KIDU yang merupakan kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2010. Pelajar KIDU tersebut terdiri dari seorang mahasiswa iaitu Saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin dan seorang mahasiswi iaitu Saudari Nor Fairuz Azizah binti A Ghani menyambung pengajian di sini pada bulan ogos 2009 dan menyelesaikan pengajian pada bulan julai 2010. Kedua orang pelajar ini menyambung pengajian di Fakulti Syariah dalam jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum (PMH).
Pada Majlis Konvokesyen Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah yang ke 51 yang di adakan pada 28 Disember yang lalu, mereka telah di anugerahkan Sarjana Hukum Islam dari Institut berkenaan. Sehari sebelum itu, mahasiswa ini di raikan di satu majlis peringkat fakulti yang disebut Majlis Yudisium Fakulti Syariah melibatkan seluruh mahasiswa Fakulti Syariah.
Pada majlis konvokesyen yang berlangsung di Gedung Akademik Centre melibatkan 1009 Graduan, Rektor IAIN, Prof Dr Hj Aflatun Muchtar melahirkan rasa gembira kerana para pelajar ini dapat menyesuaikan diri dalam lingkungan pengajian di Indonesia seterusnya berjaya menamatkan pengajian di sini. Selain itu, beliau juga berharap dengan kejayaan pelajar ini akan menjadi pemangkin minat untuk para pelajar dari KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di IAIN Raden Fatah. Buat masa ini, sudah tiga kumpulan pelajar lepasan KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di IAIN Raden Fatah dalam pelabagai jurusan. Dekan Fakulti Syariah, Prof Dr Duski Ibrahim mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu bapa pelajar ini yang telah memberi kepercayaan kepada mereka untuk mendidik lepasan KIDU ini. Beliau juga menambah, kehadiran pelajar-pelajar dari Malaysia memberi nilai tambah kepada para pelajar Indonesia selain dapat bertukar-tukar pendapat dan pengalaman serta ilmu antara dua Negara ini.
Pelajar-pelajar ini yang ditemui selepas majlis konvokesyen mengucapkan rasa syukur kerana dapat menyelesaikan pengajian di sini selain mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah KIDU dan IAIN yang telah memberi tunjuk ajar sehingga dapat menyelesaikan pengajian. Mereka juga berharap hubungan baik antara pihak KIDU dan IAIN akan terus berpanjangan dalam mendidik anak bangsa.
Pihak KIDU mengucapkan tahniah kepada Saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin dan Nor Fairuz Azizah binti A Ghani kerana berjaya menamatkan pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah dan seterusnya memperolehi Sarjana Hukum Islam. Harapan KIDU agar mereka dapat memanafaatkan ilmu yang telah diperolehi untuk kebaikan agama, bangsa dan Negara.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !