Skip to main content

Program Pengajian Tafaqquh di KIDU

Amanat Al-Marhum Dato Haji Fadhil Mohd Nor

" Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup,melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani pemasalahan Ummah dan negara”


Berasaskan kenyatan di atas KIDU akan menawarkan Program Pengajian Tafaqquh Fid Din secara talaqqi bersama ulamak bermula Feb 20011.Program tersebut terbuka kepada semua lepasan Ijazah Pertama Pengajian Islam daripada universiti dalam dan luar negara.Kumpulan pertama pelajar disasarkan sekitar 20 hingga 25 orang sahaja dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pengajian dan penginapan sepenuhnya di Kolej Islam Darul Ulum.Tempoh pengajian adalah sekitar tiga tahun dengan sukatan pengajian berasaskan Madrasah Tafaqquh yang pernah dijalankan di Masjid Muhammadi Kelantan,Madrasah Solatiah serta Pengajian Tafaqquh di Masjid Haram Makah.Di antara guru akan yang bersama menjayakan program ini ialah Dato' Dr Harun Din ( Fiqh Muasir & Fiqh Daulah ),Tuan Guru Haji Abdul Rahim Abd Rahman ( Fiqh Shafei & Muqaran ) , Ustaz Ahmad Ali ( Usul Fiqh ) dan sebahagian pensyarah al-Azhar daripada Kolej Universiti Insaniah dalam pelbagai bidang.

Setelah tamat pengajian selama tiga tahun, pelajar akan dinilai oleh Panel Akademik dan akan dianuagerahkan Ijazah setara dengan kelulusan Sarjana atau Master dalam Pengajian Islam dan melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi di Timur Tengah.

Individu yang berminat boleh hubungi Pejabat di talian 04 - 7825754 atau Penolong Pendaftar Pentadbiran , Ustaz Abdul Ghani Abdullah 010 - 3784267atau Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz 012-5779761 dan Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT, Ustaz Mohd Hanifi 012-5642132.

Comments

  1. 1km dari kolej. Menawarkan penginapan untuk pelajar dengan kemudahan yang lengkap. Hubungi 0195499541 ( kak yan )

    ReplyDelete
  2. 1km dari kolej. Menawarkan penginapan untuk pelajar dengan kemudahan yang lengkap. Hubungi 0195499541 ( kak yan )

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !