Skip to main content

Keputusan STAM - KIDU Catat Sejarah.

Keputusan STAM telah di umumkan olej Kementerian Pelajar pada 31 Januari 2011. KIDU yang pertama kali mendapat keizinan Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk dijadikan pusat peperiksaan STAM pada tahun lepas mencatat sejarah tersendiri apabila seorang pelajar KIDU telah mendapat keputusan Mumtaz (Cemerlang). Selain itu, seramai 4 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid Jiddan (Sangat Baik). Malah, 12 orang pelajar telah mendapat keputusan Jayyid (Baik) dan 4 orang mendapat Maqbul (Lulus). Pelajar yang mendapat keputusan Mumtaz adalah saudari Adila Bt Safiudin yang merupakan lepasan Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Penolong Pendaftar Akademik, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz melahirkan rasa kesyukuran di atas keputusan yang diperolehi para calon-calon STAM dari KIDU. Ini membuktikan kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan di KIDU. Beliau yang ditemui berkata “ keputusan ini sebagai bukti kemampuan pembelajaran dan pengajaran yang di jalankan di KIDU. Ini kerana, kaedah pembelajaran di KIDU adalah kaedah ala-ala Universiti ”. beliau mengharapkan keputusan ini akan memberi semangan dan rangsangan untuk calon-calon lain memperolehi kejayaan yang sama malah lebih baik dari tahun ini. Beliau juga menjemput mana-mana pelajar yang ingin mendaftar Kursus STAM di KIDU, boleh menghubungi pejabat KIDU. Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh STAF KIDU mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah lulus di dalam peperiksaan STAM dan mengharapkan kejayaan yang diperolehi digunakan sebaik yang mungkin untuk seluruh umat Islam.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !