Kolej Islam Darul Ulum semakin mendapat sambutan ramai terutama dikalangan pelajar yang ingin mendalami pengajian Islam. Ini terbukti apabila kemasukan ke pelbagai kursus di Kidu menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Antara kursus yang menerima pelajar yang ramai adalah Kursus STAM. Seramai 67 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai pelajar Kursus STAM di Kidu berbanding 45 Orang tahun lalu.
Penolong Pendaftar Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar, Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah berkata, kecenderungan pelajar masa kini adalah mendalami pengajian agama. “ ini adalah satu perkembangan yang baik yang juga akan memberi pulangan yang baik kepada masyakarat ke arah mendalami ilmu-ilmu Islam apabila lepasan-lepasan agama makin banyak dikalangan masyarakat. Kita mengharapkan agar para pelajar yang menuntut di KIDU dapat membawa masyarakat ke arah yang lebih baik ”. Beliau yang mengambil alih tugasan Pendaftar, Tuan Haji Che Din Bin Arshad yang bercuti berpuas hati dengan pendaftaran tahun ini. Pihak Kidu juga terpaksa menolak banyak permohonan memandangkan kelas yang sediada tidak lagi dapat menampung pelajar yang ramai. Beliau yang ditanya berkaitan masalah ini memberitahu, pihak KIDU akan berusaha pada masa akan datang agar dapat menyediakan banyak tempat untuk lebih ramai pelajar, terutama penginapan.
Selain itu, pendaftaran Program 3 + 1 juga menunjukkan peningkatan yang baik apabila sudah lebih dari 20 orang yang mendaftar. Jangkaan KIDU adalah sekitar 15 orang. Pihak KIDU juga menerima permohonan pelajar luar Negara iaitu seramai 6 orang pelajar Kemboja yang sedang menuntut di Kursus STAM dan 4 orang pelajar dari Selatan Thailand yang mendaftar di Program 3 + 1.
Julung kali tahun ini, pengajian Tafaqquh Fiddin juga telah bermula. Pengajian yang mengguna konsep seperti pengajian pondok pada zaman dahulu mendapat sambutan orang ramai. Program ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yahya Bin Ashaari. Pendaftaran untuk program Tafaqquh Fiddin masih lagi dibuka untuk orang ramai yang berminat mendalami Ilmu-ilmu Islam.
KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...
Comments
Post a Comment