Skip to main content

KUNJUNGAN IMAM MASJID UNIVERSITI AL-AZHAR KE MUASSASAH DARUL ULUM

Muassasah Darul Ulum telah menerima kunjungan rasmi dari Sheikh Asyraf Hameed Hasani, Imam 3 Masjid Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Kunjungan rasmi Sheikh bersempena Majlis Maulidurrasul. Pihak Muassasah Darul Ulum telah mengambil peluang dengan kehadiran Sheikh ke sini dengan menganjurkan program Maulidurrasul yang diadakan di Masjid Muassasah Darul Ulum. Dalam ceramah tersebut, beliau membicarakan berkaitan adab ketika belajar. Kerana dalam menuntut ilmu, ada 3 konsep yang digunakan. Antara konsep tersebut, pertama adalah pelajar belajar dengan guru. Kedua, pelajar belajar dengan kawan dan yang ketiga adalah guru belajar dengan pelajar. Konsep ketiga ini berbentuk seperti apabila para pelajar bertanyakan guru,guru mengambil masa untuk menjawab persoalan pelajar. Sehinggakan guru tersebut harus membuka buku untuk mencari jawapan. Ini secara tidak langsung menyebabkan guru itu belajar lain. Pada ceramah ini juga, sheikh telah membahaskan berkaitan sifat Nabi Muhamnmad S.A.W. Antara yang dibincangkan adalah sikap kasih sayang Nabi ketika peristiwa berdakwah di Thaif. Nabi Muhammad S.A.W telah dilempari batu, kayu dan sebagainya sehinggakan berdarah di tumit kaki baginda. Nabi telah berdoa dan didengari seluruh ahli langit sehinggakan Malaikat Jibril A.S menawarkan kepada baginda untuk menghempat penduduk Thaif. Namu Nabi telah melarang kerana kaumnya ketika itu masih belum memahami Islam.
Selain itu, sheikh juga menceritakan sifat tolak ansur nabi sehinggakan baginda menawarkan diri untuk mencari kayu api untuk memasak. Malah baginda juga mengerjakan pekrjaan rumah sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain seperti membasuh pakaian, menjahit pakaian. Ini antara sifat-sifat yang harus kita contohi kerana walaupun nabi merupakan pemimpin agung, baginda tetap bersifat kasih sayang, bertolak ansur. Baginda bersabda “sesiapa yang tidak menyayangi, tidak akan disanyangi”.
Pada program ini, qasidah sempena maulidurrasul juga di alunkan oleh sheikh sendiri dan ahli rombongan. Program ini diterjemahkan oleh Ustaz Mohd Firdaus Bin Hat yang turut dihadiri oleh Pengarah Akademik Kolej Islam Darul, Ustaz Ahmad Abdullah, Pengetua Sekolah Menengah Islam Darul Ulum, Ustaz Mat Ayub Bin Mat Daud, para pelajar KIDU dn pelajar-pelajar Sekolah Menengah Islam Darul Ulum. Di akhir program, sheikh telah mengijazahkan surah al-Fatihah kepada semua yang hadir dengan mengikuti bacaan al-Fatihah dan diperbaiki bacaan oleh sheikh sendiri. Pihak penganjur mengharapkan kehadiran sheikh pada masa akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024