Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju setapak lagi dalam mengembangkan penggunaan bahasa arab di Negara ini. Program terbaru anjuran Kolej ini iaitu Kursus Bahasa Arab untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir atau Timur Tengah. Program ini akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2011 akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan penggunaan bahasa arab di Asia Tengah disamping cuba untuk menghidupkan suasana arab di kalangan para pelajar agar dapat membiasakan diri sebelum ke sana. Program ini merupakan lanjutan dari Kem Bahasa Arab peringkat rendah dan menengah yang di anjurkan oleh KIDU sebelum ini. Kursus kali ini akan menekankan 5 aspek pembelajaran kepada para pelajar. Pertamanya pengunaan dan penguasaan Bahasa Arab Pasar atau lebih dikenali bahasa arab Ammiyyah. Kedua adalah kaedah penggunaan bahasa arab buku atau bahasa arab fushah. Pihak KIDU juga akan menekankan para pelajar berkaitan pengajian Fardhu Ain yang merupakan aspek ketiga dalam kursus ini...