Skip to main content

Kunjungan Alumni SMKA Limawan Sabah ke Kolej Islam Darul Ulum.

Sabtu yang lalu (28 Mei 2011) yang lalu, pihak Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) telah menerima kunjungan dari Alumni-alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Limawan, Sabah. Rombongan ini diketuai oleh Saudara Salman Bin Ismail yang merupakan anak kepada Mantan Mufti Sabah, S.S Sheikh Ismail Abbas. Tujuan kunjungan ahli rombongan adalah dalam rangka melawat dan menziarahi guru-guru yang pernah menabur bakti di SMKA Limawan. Di pihak KIDU, Ustaz Ahmad Bin Lazim yang merupakan Bendahari Majlis Muassasah Darul Ulum pernah mengajar di sekolah tersebut selain Ketua Pegawai Eksekutid, Ustaz Haji Zawawi Bin Haji Ahmad juga berkhidmat di Sabah. Pertemuan kali ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara pihak KIDU dan ahli rombongan. Rombongan ini disambut oleh Ustaz Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT. Di majlis ini, pihak KIDU menerangkan berkaitan program dan perjalanan KIDU kepada ahli rombongan.
Ustaz Haji Zawawi yang hadir selepas itu menyampaikan ucapan alu-aluan kepada ahli rombongan. Dalam ucapan beliau, beliau mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudiaan ahli rombongan mengunjungi KIDU. Ini akan membuka lembaran baru dalam penyebaran dakwah Islamiyyah di Sabah. Dan pihak KIDU juga berhasrat mengembangkan program-program dan kursus-kursus yang ditawarkan di KIDU ke Sabah.
Di akhir majlis, pihak KIDU telah menyampaikan cenderamata kepada semua ahli rombongan. Cenderamata disampaikan oleh Ustaz Haji Zawawi. Saudara Salman mewakili ahli rombongan juga menyampaikan Cenderahati kepada pihak KIDU.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !