Skip to main content

KURSUS BAHASA ARAB KE MESIR DAN TIMUR TENGAH

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju setapak lagi dalam mengembangkan penggunaan bahasa arab di Negara ini. Program terbaru anjuran Kolej ini iaitu Kursus Bahasa Arab untuk para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Mesir atau Timur Tengah. Program ini akan bermula dari 13 Jun hingga 12 Julai 2011 akan memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan penggunaan bahasa arab di Asia Tengah disamping cuba untuk menghidupkan suasana arab di kalangan para pelajar agar dapat membiasakan diri sebelum ke sana. Program ini merupakan lanjutan dari Kem Bahasa Arab peringkat rendah dan menengah yang di anjurkan oleh KIDU sebelum ini. Kursus kali ini akan menekankan 5 aspek pembelajaran kepada para pelajar. Pertamanya pengunaan dan penguasaan Bahasa Arab Pasar atau lebih dikenali bahasa arab Ammiyyah. Kedua adalah kaedah penggunaan bahasa arab buku atau bahasa arab fushah. Pihak KIDU juga akan menekankan para pelajar berkaitan pengajian Fardhu Ain yang merupakan aspek ketiga dalam kursus ini. Manakala aspek yang keempat adalah Tarbiah dan kepimpinan kepada setiap pelajar. Aspek yang terakhir yang merupakan salah satu kepentingan kepada setiap pelajar adalah penguasaan dan penggunaan bahasa Inggeris terutama bagi pelajar yang ingin menyambung dalam bidang perubatan. Namun, bagi pelajar di bidang lain, bahasa inggeris juga merupakan bahasa yang harus dikuasai oleh setiap pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke luar Negara. Antara keistimewaan Kursus ini adalah kerana tenaga pengajar kursus didatangkan khas dari Mesir dan Negara arab. Selain itu, tenaga pengajar lain adalah mereka yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam bidang tersebut. Yuran untuk kursus ini adalah RM 900.00 termasuk makan, penginapan, bahan pengajaran, lawatan dan sebagainya. Tarikh pendaftaran adalah 13 Jun di Kolej Islam Darul Ulum, KM 23, Jalan Kuala Nerang 06300 Kuala Nerang, Kedah. Pihak KIDU mempelawa mana-mana pelajar terutama yang akan melanjutkan pengajian ke Mesir agar dapat mendaftarkan diri untuk menyertai program ini. Mana-mana pelajar yang ingin turut serta program ini dan maklumat lanjut dapat menghubungi Saudara Mohd Hanifi di talian 012-5642132 dan talian pejabat 04-7825754.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !