Pihak Kolej Islam Darul Ulum akan meneruskan program tahunan yang menjadi tumpuan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus Bahasa Arab peringkat menengah untuk lepasan SPM dan STAM akan dianjurkan buat kali ke 6 pada tahun hadapan. Kursus yang akan bermula pada 8 januari selama 45 hari hingga 22 februari 2012. Dengan 5 aspek yang menjadi penekanan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab para pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pengajian di timur tengah dan universiti-universiti dalam Negara yang berorientasikan bahasa arab. Aspek-aspek tersebut adalah pemahaman bahasa Arab yang akan mendedahkan kepada para pelajar kaedah untuk memahami bahasa tersebut ketika sesi pembelajaran di universiti. Aspek yang kedua adalah penguasaan penulisan arab. Ini memandangkan bahasa arab mempunyai kaedah tersendiri dalam aspek penulisan berbanding bahasa-bahasa lain. Para pelajar akan diajar cara menulis menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan kaedah yang sepatutnya. Aspe...