Sebulan yang penuh dengan segala aktiviti yang bermanafaat buat 40 orang peserta Kursus Bahasa Arab Peringkat Rendah anjuran Kolej Islam Darul Ulum. Program yang bermula pada 25 Nov sehingga 25 Disember telah mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kolej Islam Darul Ulum. Para pelajar yang mendaftar kursus ini telah diberi pelbagai pendedahan berkenaan bahasa Arab yang mampu menarik minat para pelajar untuk lebih mendalami bahasa tersebut. Ianya penting memandangkan bahasa Arab merupakan bahasa yang mampu memberikan kefahaman yang baik dalam mengetahui selok belok berkenaan agama Islam. Selain penguasaan bahasa arab yang menjadi tumpuan, para pelajar ini juga didedahkan berkenaan fardhu ain yang menjadi asas perlaksaan ibadah agar segala yang di amalkan itu berlandaskan ajaran Islam yang sebenar. Para pelajar juga disuntik dengan semangat motivasi agar mereka berdaya saing dalam pelajaran di sekolah masing-masing. Malah pemilihan tempat untuk slot motivasi dibuat diluar KI...