Skip to main content

Forum "Muslimat & Pendidikan"

POKOK SENA: Kegagalan kerajaan BN menyediakan sistem pendidikan yang baik menjadikan punca masalah sosial semakin ketara sekaligus menggagalkan usaha kepada penghayatan dan melahirkan generasi bertakwa selain tidak mencapai matlamat sewajarnya.

Demikian rumusan dibuat tiga ahli panel forum yang membicarakan tajuk "Muslimat Dan Cabaran Pendidikan" anjuran Dewan Muslimat
Negeri Kedah bersempana Karvinal Pendidikan di Muasasah Darul Ulum di sini baru-baru ini.

Mereka ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Yusuf; Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik) Normala Sudirman dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Nasir Zakaria.

Tegas mereka, pendidikan merupakan teras kepada kemantapan akidah, selain sebagai benteng dalam menghadapi cabaran yang semakin hebat dewasa ini.

Mereka turut menyentuh berkenaan kerapuhan sistem pendidikan Malaysia yang nyata gagal menangani masalah berkaitan dan akibatnya lahirkan generasi tidak berakhlak,
tidak menunaikan solat dan jauh dari kefahaman Islam.

"Pendidikan yang ada kini, hanya menjurus untuk mendapatkan sijil dan menjawat jawatan tinggi tetapi nilai-nilai
keislaman tidak dititik beratkan serta tersasar dari menjadi insan yang syumul di mata Allah SWT," ujar Normala.

Selain itu peranan Muslimat sendiri perlu diperkasa dan dimantapkan kerana melalui pengorbanan mereka yang kebanyakan bukanlah berlatar belakangkan pendidikan tinggi
mampu membawa arus perubahan politik tanah air.

"Sebagai ibu, tanggung jawab yang besar adalah melahirkan cendekiawan untuk membina generasi syumul di mata Rabbul Jalil," jelas Ustazah Siti Zailah.

Katanya lagi, dengan sistem pendidikan masa kini tidak berpasak kepada rububiyah, adalah menjadi kewajipan kita mengubah
pemerintahan yang ada sekarang agar segala polisi berkaitannya dapat diubah demi menjamin kebaikan masa hadapan.

Sementara itu menurut Mohd Nasir, peluang meraih pendidikan yang lebih tinggi dapat direalisasikan melalui anak-anak muda.

"Kepakaran dalam sesuatu bidang amat diperlukan untuk menguasai kepakaran yang ada demi melawan musuh-musuh Islam," ujarnya.

Forum yang berlangsung lebih satu jam itu juga menyentuh berkenaan masalah kakitangan kerajaan yang ditugaskan jauh dari isteri dan keluarga. Keadaan seumpama itu
bukan sahaja mengundang kepada masalah berkaitan anak-anak malah emosi dan lain perkara berkaitan tanggung jawab kekeluargaan.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato' Ustazah Siti Ashah turut menyampaikan ucapan aluan dalam majlis berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg...

PROGRAM BERKEMBAR KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAC 2011

Mulai pengambilan baru 2011, pihak Kolej Islam Darul Ulum akan memperkenalkan program berkembar baru kepada bakal mahasiswa / wi Kolej Islam Darul Ulum. Program berkembar ini melibatkan hubungan kerjasama KIDU dengan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar Negara. Hubungan kerjasama dengan institusi pengajian ini sudah lama terjalin, tetapi diberi penjenamaan baru untuk menarik minat pelajar-pelajar menyambung pengajian di KIDU seterusnya dapat meneruskan pengajian diperingkat yang lebih tinggi mengikut kemahuan pelajar. Menurut Penolong Pendaftar Perhubungan Awam dan ICT Kolej Islam Darul Ulum, Saudara Mohd Hanifi Bin Hj Ahmad Jamaludin, melalui program ini, para pelajar akan memilih pusat pengajian lanjutan tahun akhir ketika mendaftar program ini. Program ini menawarkan lanjutan tahun 4 di 3 buah Institusi dalam dan luar Negara. Institusi tersebut adalah Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Kedah, Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Indonesia dan Universiti Jin...

Iklan Kemasukan Kolej Islam Darul Ulum 2024