Skip to main content

Posts

Program Pengajian Tafaqquh di KIDU

Amanat Al-Marhum Dato Haji Fadhil Mohd Nor " Adalah menjadi harapan saya agar Muassasah Darul Ulum yang sama-sama kita asaskan ini akan dapat melahirkan ulamak yang mampu mendorong dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup,melahirkan intelektual Islam yang berkemampuan dalam berbagai bidang kehidupan dan mampu menangani pemasalahan Ummah dan negara” Berasaskan kenyatan di atas KIDU akan menawarkan Program Pengajian Tafaqquh Fid Din secara talaqqi bersama ulamak bermula Feb 20011.Program tersebut terbuka kepada semua lepasan Ijazah Pertama Pengajian Islam daripada universiti dalam dan luar negara.Kumpulan pertama pelajar disasarkan sekitar 20 hingga 25 orang sahaja dan terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan. Pengajian dan penginapan sepenuhnya di Kolej Islam Darul Ulum.Tempoh pengajian adalah sekitar tiga tahun dengan sukatan pengajian berasaskan Madrasah Tafaqquh yang pernah dijalankan di Masjid Muhammadi Kelantan,Madrasah Solatiah serta Pengajian Tafaqquh di Masjid Ha...

Lulusan KIDU Menamatkan Pengajian di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah

Kolej Islam Darul Ulum sekali lagi mencipta sejarah tersendiri apabila lulusan KIDU yang merupakan kumpulan pertama yang menyambung pengajian di tahun akhir di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah, Palembang, Republik Indonesia berjaya menamatkan pengajian pada tahun 2010. Pelajar KIDU tersebut terdiri dari seorang mahasiswa iaitu Saudara Mohd Hanifi bin Haji Ahmad Jamaludin dan seorang mahasiswi iaitu Saudari Nor Fairuz Azizah binti A Ghani menyambung pengajian di sini pada bulan ogos 2009 dan menyelesaikan pengajian pada bulan julai 2010. Kedua orang pelajar ini menyambung pengajian di Fakulti Syariah dalam jurusan Perbandingan Mazhab dan Hukum (PMH). Pada Majlis Konvokesyen Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Raden Fatah yang ke 51 yang di adakan pada 28 Disember yang lalu, mereka telah di anugerahkan Sarjana Hukum Islam dari Institut berkenaan. Sehari sebelum itu, mahasiswa ini di raikan di satu majlis peringkat fakulti yang disebut Majlis Yudisium Fakulti Syariah meliba...

KEM BAHASA ARAB DAN KELAS STAM

Kolej Islam Darul Ulum (KIDU) akan menganjurkan Kem Bahasa Arab buat sekian kalinya. Program ini bermula pada 4 Januari sehingga 8 Februari 2011. Kem Bahasa Arab kali ini akan menyasarkan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar-pelajar lepasan SPM dan STAM sebelum menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, program ini juga bertujuan mengisi masa lapang para pelajar disamping menunggu keputusan peperiksaan SPM dan STAM dikeluarkan. Penolong Pendaftar Hal Ehwal Akademik, Ustaz Azamuddin b Abd Aziz berkata, “ Program ini merupakan kesinambungan dari tahun-tahun yang lepas. Program ini menekankan kaedah pembelajaran, penulisan dan pertuturan para pelajar untuk menguasai bahasa arab”. Beliau menambah lagi, dengan program ini, para pelajar yang ingin menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang agama mampu memahami penggunaan bahasa arab memandangkan buku-buku rujukan dalam bidang agama banyak tertumpu ...

Kelas STAM & Kem Bahasa Arab

MAJLIS KONVOKESYEN UNIVERSITI JINAN, LUBNAN.

Seramai lima orang mahasiswi lanjutan Kolej Islam Darul Ulum yang menyambung pengajian di peringkat ijazah tahun akhir di Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan telah menerima ijazah pengajian Islam di sini pada 17 Julai 2010 yang lalu. Mereka ialah Roqaiyah bt Abd Wahab, Aishah bt Abidin, Azila bt Khamis, Mas Aida bt Musa dan Solehah bt Anuar. Kumpulan mahasiswi ini adalah kumpulan pertama pelajar dari KIDU yang menyambung pengajian di tahun akhir di Universiti Jinan dari program berkembar 3 + 1 antara Kolej Islam Darul Ulum dengan Universiti Jinan, Tripoli, Lubnan. Program berkembar ini membolehkan para pelajar KIDU yang memperolehi Diploma Pengajian Islam KIDU menyambung pengajian di tahun akhir di Fakulti Pengajian Islam dan Kesusasteraan dalam jurusan pengajian Islam. Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum, Tuan Haji Che Din bin Arshad yang ditemui menyatakan rasa gembira dengan kejayaan pelajar-pelajar KIDU di Universiti Jinan. Ini membuktikan kemampuan pelajar-pelajar KIDU bersaing dengan...

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KOLEJ ISLAM DARUL ULUM DAN PEPERIKSAAN TASFIAH.

Keputusan peperiksaan Kolej Islam Darul Ulum akan mula dikeluarkan pada hari Rabu 8 Disember 2010 bersamaan 2 Muharram 1432 H. Setiap pelajar diminta datang untuk menyemak keputusan masing-masing di pejabat Kolej Islam Darul Ulum dari jam 9.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Sila jelaskan yuran yang tertunggak sebelum menyemak keputusan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan peperiksaan tidak akan dikeluarkan. Harap maklum. Peperiksaan ulangan (Tasfiah) akan bermula pada 12 Disember 2010. Para pelajar diminta datang untuk menyemak sendiri jadual peperiksaan Tasfiah di bahagian Akademik KIDU. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pejabat KIDU 04-7825754 atau Penolong Pendaftar Akademik.

KUNJUNGAN KE MADRASAH MISBAHUL FALAH.

Kolej Islam Darul Ulum yang diwakili oleh Pendaftar, Tuan Haji Che Din bin Arshad telah mengunjungi Madrasah Misabahul Falah pada 11 November yang lepas dalam rangka mengeratkan hubungan antara dua Institusi pengajian agama di Kedah ini. Madrasah Misbahul Falah yang di asaskan oleh Tuan Guru Haji Omar Zuhdi telah sekian lama beroperasi di Parit Panjang, Baling. Sistem pengajian di Madrasah ini adalah mengekalkan kaedah pembelajaran yang asal seperti yang di ajar oleh pengasasnya. Madrasah ini yang lebih dikenali sebagai Pondok Lanai. Dalam kesempatan kunjungan kali ini, pihak KIDU telah menemui Pengetua Madrasah Misbahul Falah, Ustaz Mad Mukhtar, yang merupakan anak kepada Tuan Guru Haji Omar Zuhdi. Tuan Haji Che Din berucap di awal pertemuan dengan menceritakan sejarah penubuhan KIDU serta tujuan dan matlamat penubuhannya. Pada pertemuan ini juga, pihak KIDU telah menawarkan kepada lepasan Madrasah ini untuk menyambung pengajian di peringkat diploma di KIDU. Ustaz Mad Mukhtar yang mew...