Skip to main content

Posts

KURSUS BAHASA ARAB 45 HARI DI KIDU

Pihak Kolej Islam Darul Ulum akan meneruskan program tahunan yang menjadi tumpuan para pelajar lepasan SPM dan STAM. Kursus Bahasa Arab peringkat menengah untuk lepasan SPM dan STAM akan dianjurkan buat kali ke 6 pada tahun hadapan. Kursus yang akan bermula pada 8 januari selama 45 hari hingga 22 februari 2012. Dengan 5 aspek yang menjadi penekanan untuk memantapkan penguasaan bahasa arab para pelajar terutama mereka yang ingin melanjutkan pengajian di timur tengah dan universiti-universiti dalam Negara yang berorientasikan bahasa arab. Aspek-aspek tersebut adalah pemahaman bahasa Arab yang akan mendedahkan kepada para pelajar kaedah untuk memahami bahasa tersebut ketika sesi pembelajaran di universiti. Aspek yang kedua adalah penguasaan penulisan arab. Ini memandangkan bahasa arab mempunyai kaedah tersendiri dalam aspek penulisan berbanding bahasa-bahasa lain. Para pelajar akan diajar cara menulis menggunakan kaedah yang betul dan bersesuaian dengan kaedah yang sepatutnya. Aspe...

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand - Hari Kedua

Hari Kedua – KIDU menyambung agenda lawatan sekolah di Selatan Thailand dengan mengunjungi Wilayah Narathiwat iaitu Madrasah Darul Salam. Madrasah tersebut merupakan sekolah agama yang besar di daerah ini dengan kapasiti pelajar seramai 5000 orang. Pengarah madrasah tersebut, Dr Fakhruddin telah menyambut kehadiran pihak rombongan dan menyampaikan taklimat dan penerangan berkaitan sekolah dan cabaran-cabaran yang diterima dalam tujuan memperkembangkan Addin Al-Islam. Madrasah ini telah memperkenalkan konsep maahad tahfiz sains. Pihak KIDU diberi penghormatan untuk menguji kepintaran para pelajar ini. Pihak juga menyampaikan taklimat berkaitan pembelajaran di KIDU dan di akhiri dengan penyampaian cenderahari kenang-kenangan. Seterusnya pihak rombongan berpatah balik ke wilayah Pattani untuk mengunjungi Madrasah Misbah atau dikenali sebagai Pirayanawin Klonghin Wittaya. Sekolah tersebut baru ditubuhkan pada tahun 2001. Sebelum ini sekolah tersebut hanya beroperasi sebagai pondok sahaj...

Takziah Dari KIDU

Pihak KIDU mengucapkan takziah kepada pelajar KIDU semester 2, saudari Nadzirah bt Shamsul Anuar atas pemergian ayahanda yang tercinta pada sabtu lalu. Semoga roh beliau ditempatkan dikalangan mereka yang beriman. Al-Fatihah....

Lawatan KIDU ke Selatan Thailand

Kolej Islam Darul Ulum telah mengunjungi Selatan Thailand bermula 19 hingga 22 November yang lalu. Rombongan yang diketuai oleh Ustaz Zawawi Bin Hj Ahmad selaku Ketua Pegawai Eksekutif mengunjungi 5 buah sekolah yang berpotensi di sana. Selain beliau, 6 orang lagi Staf pentadbiran KIDU turut serta dalam rombongan tersebut. Ustaz Abdul Ghani Abdullah, Ustaz Azamuddin Abdul Aziz, Saudara Mohd Hanifi Hj Ahmad Jamaludin, Ustaz Radhi Abu Bakar, Ustaz Ismail Ahmad dan Saudara Saifullah Mohammad turut serta dalam rombongan yang bertujuan mempromosikan KIDU sebagai pusat pengajian lanjutan pilihan di Malaysia. KIDU memulakan lawatan ke Madrasah Islahuddin di Padang Besing, Yala. Kunjungan KIDU disambut oleh Pengarah Islahuddin, Dr Wan dan beliau telah memberi penerangan dan penjelasan berkaitan pembangunan dan sistem pendidikan di madrasah tersebut. Menurut beliau, pengasas madrasah tersebut diasaskan oleh ulama’ terdahulu yang ingin melihat anak bangsa melayu di Selatan Thailand mendalami ...

Sambutan AIDIL ADHA 1432 H

Menelusuri sejarah korban yang bermula dari peristiwa Sayyidina Ibrahim A.S dan anaknya, Sayyidina Ismail A.S mematuhi perintah Allah S.W.T telah melaksanakan dengan penuh ketaqwaan dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Tanpa bertanya lanjut, dan tanpa rasa mengeluh, kedua-dua beranak ini melaksanakannya. Allah S.W.T menukarkan perintah menyembelih Ismail A.S dengan seekor kibas yang sihat untuk disembelih. Peristiwa ini dikenang dan dihayati umat Islam dengan melaksanakan korban pada setiap tahun di bulan Dzulhijjah bersempena Aidil Adha. Sempena kedatangan Aidil Adha 1432 H, Kolej Islam Darul Ulum tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang sangat dituntut di dalam Islam. Pada tahun ini, seekor lembu yang disumbangkan oleh individu kepada KIDU untuk dilaksanakan korban. Korban tersebut dilaksanakan pada hari raya pertama Aidil Adha yang lalu. Agihan daging korban diberi kepada staf kakitangan Kolej Islam Darul Ulum dan dibuat jamuan untuk semua para pelajar Kolej Islam Darul ...

Kem Bahasa Arab Peringkat Rendah

LAWATAN PERSATUAN KEBAJIKAN SISWA UTARA (PAKSU) DARUL QURAN, JAKIM KE KOLEJ ISLAM DARUL ULUM

Pihak Kolej Islam Darul Ulum telah menerima kunjungan pelajar dari Darul Quran, Jakim ke sini pada khamis 13 Oktober yang lalu. Program yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Siswa Utara atau singkatannya PAKSU disertai seramai 88 orang pelajar terdiri dari 44 orang lelaki dan 44 orang perempuan. Rombongan dan lawatan ini dalam rangka menziarahi institusi pengajian yang ada di negeri Kedah samada institusi pengajian tinggi atau rendah. Rombongan ini disambut oleh Saudara Mohd Hanifi Bin Haji Ahmad Jamaludin selaku Penolong Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum dan Ustaz Abdul Manan Bin Abdul Aziz. Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pemangku Pendaftar mengucapkan selamat datang kepada ahli rombongan yang berkunjung ke Kolej Islam Darul Ulum. “KIDU telah ditubuhkan hasil dari perjuangan dari pengorbanan masyarakat yang ingin melihat satu institusi pendidikan Islam di Kedah dibina. Malah KIDU dibayai sepenuhnya oleh masyarakat Islam seluruh Malaysia dengan harapan agar para pelajar ya...