Skip to main content

Posts

Majlis Tandatangan Memorandum Persefahaman Kolej Islam Darul Ulum dan Kolej Islam Darul Mustafa.

Lembaran baru hubungan erat institusi pendidikan dua buah Negara, Malaysia dan Thailand terjalin semakin utuh dalam mengambangkan syiar Islam. 21 Oktober 2012, satu perjanjian persefahaman telah termeterai antara Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena Kedah dan Kolej Islam Darul Mustafa, Yala, Selatan Thailand. Majlis yang berlangsung dengan penuh kemeriahan menyaksikan KIDU yang diketuai oleh Ustaz Abdul Ghani Bin Abdullah selaku Pendaftar Kolej Islam Darul Ulum mewakili KIDU untuk menandatangani perjanjian ini yang disaksikan oleh Ustaz Ahmad Yahya selaku Setiausaha Majlis Muassasah Darul Ulum. Manakala di pihak Kolej Islam Darul Mustafa, Dr Wan Abdul Qadir Wan Yusuf selaku Rektor menandatangani perjanjian ini sambil disaksikan oleh wakil Kerajaan Thailand. Antara isi kandungan perjanjian ini adalah para pelajar dari KIYAI akan menyambung pengajian di peringkat Diploma Pengajian Islam di KIDU. Secara tidak langsung, ianya memberi peluang tambahan kepada para pelajar KIYAI untuk m...

Warna-warni Sambutan Jubli Perak Muassasah Darul Ulum.

Tanpa kita sedari, 25 tahun telah berlalu sejarah pembinaan dan pembangunan Muassasah Darul Ulum. Dari jerit payah Almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor dan para pimpinan ketika itu sehingga mampu membeli tanah seluas 48 ekar dengan harga RM 600.000 ketika itu merupakan suatu jumlah yang sangat tinggi nilainya. Pembinaan pertama sebuah masjid dengan nilai RM 150.000 menyebabkan kerajaan BN ketika itu mengambil keputusan merampas tanah tersebut dengan alasan membina bangunan di tanah pertanian. Rentetan tragedi rampasan tersebut menaikkan kemarahan para pendokong gerakan Islam untuk berkampung disini demi mempertahankan bumi ini. siang malam tidak kira tua dan muda berjaga dan berkawal memastikan hasrat kerajaan BN tidak kesampaian. Akhirnya, setelah rundingan demi rundingan, kerajaan bersedia memulangkan semula tanah ini dengan syarat membayar wang denda sebanyak RM 80.000. 20 hingga 22 September yang lalu, kenangan ini diimbau kembali dengan penganjuran Sambutan Jubli Perak 25 ...

Amanat Tuan Guru Presiden

Sedutan amanat Tuan Guru ketika berucap pada Majlis Konvokesyen KIDU Ke 11   pada 22 September 2012 - Barat mengambil ilmu  daripada umat Islam terutama di bumi Andalus - Mereka mencuri ilmu dan tidak beriman - Jesteru umat Islam perlu kembalikan semula ilmu itu seperti kata hikmah " Al-Hikmah itu sesuatu yang telah tercicir .. di mana didapati maka kamu berhak mengambilnya ". -  Kini tanggungjawab pada graduan bagi mengumpul sebanyak mungkin al-Hikmah itu untuk manfaat ummat hari ini. - Tanggungjawab graduan bukan hanya berilmu tetapi beramal dan berjuang - Kekuatan ummat dikembalikan dengan perjuangan dan jihad yang berterusan. - Amanah ilmu perlu ditunaikan kerana bertanggungjawab di hadapan Allah swt - Tahniah kepada semua graduan dan berdoa semoga ISTIQAMAH.

Tahniah Pelajar STAM KIDU.

Program pengajian peringkat STAM yang diperkenalkan oleh Kolej Islam Darul Ulum 2 tahun yang lalu makin membuahkan hasil seperti yang diharapkan. Setelah pada tahun pertama program, seorang pelajar telah mendapat keputusan Mumtaz. Di tahun kedua, ianya meningkat kepada 4 orang. Pada tahun ini, sejumlah 590 orang calon untuk melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Al-Azhar telah menduduki ujian kemasukan ke Universiti berkenaan. Ujian tersebut diadakan di Universiti As-Sofa pada jun yang lalu. Hasil dari keputusan yang telah dikeluarkan pada minggu ini, hanya 111 orang sahaja yang telah lulus untuk menyambung pengajian ke Mesir. Dari jumlah berkenaan, 3 orang calon dari KIDU telah lulus dalam ujian tersebut. Ianya suatu kebanggaan buat KIDU yang menekankan pengajian STAM kepada para pelajar yang ingin menyambung pengajian ke Timur Tengah terutama Mesir. Pihak Kolej Islam Darul Ulum mengucapkan Jutaan Tahniah kepada para pelajar yang layak menyambung pengajian ke M...

Bumi Muassasah Darul Ulum terus dikunjungi Ulama’

Bumi wakafan muassasah Darul Ulum yang diasaskan dengan penuh dedikasi dan harapan yang menggunung tinggi oleh para pejuang Islam tidak putus-putus dikunjungi ulama serata dunia. Bumi yang pernah menyaksikan bagaimana jiwa-jiwa anak muda dan orang tua yang tidak gentar dengan ancaman dan ugutan oleh pemerintah ketika itu. Peristiwa rampasan tanah bumi ini menceritakan segala-galanya malah ramai dari kalangan mereka di tahan di bawah akta ISA termasuk pengasas utama Muassasah Darul Ulum, almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Nor. Tahun ini genap 25 tahun berdirinya institusi jamaah yang tidak jemu memberikan ilmu dan dakwah kepada semua. Malah, penubuhan institusi ini  diberikan sokongan oleh ulama’ serata dunia. Terkini kunjungan ulama’ Syria, Sheikh Maher Munjid ke Kolej Islam Darul Ulum pada 25 Julai yang lalu. Beliau yang cukup terkenal dikalangan para pelajar Malaysia di Syria sebagai guru tasmi’ quran. Dikesempatan kehadiran beliau ke sini, beliau telah mengunjungi bumi muas...

Suasana Hening 23 Jun 2012 – 10 Tahun Pemergian Insan Tercinta.

 10 tahun lalu, tarikh 23 Jun menggamit kesedihan yang teramat buat para pejuang-pejuang Islam di Malaysia khususnya dan Palestin umumnya. Bumi Muassasah Darul Ulum dibanjiri lautan manusia yang sangat dahsyat kehadiran untuk memberikan penghormatan terakhir kepada insan yang sangat gigih memperjuangkan perjuangan Islam.   Siapa yang tidak mengenali almarhum Dato’ Haji Fadzil Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS yang kelima. Bumi Muassasah Darul Ulum adalah cetusan idea oleh beliau untuk melihat anak bangsa memahami agama Islam dengan lebih mendalam. Ucapan ketika majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Pendidikan Muassasah Darul Ulum masih lagi terngiang-ngiang di telinga dan jiwa para pejuang Islam yang mencintai pendidikan dan ilmu. Oleh yang demikian, Kolej Islam Darul Ulum terpanggil untuk menganjurkan majlis memperingati insan yang sangat berjasa kepada rakyat Kedah khususnya. Majlis Tahlil Perdana dan Bacaan Al-Quran 30 Juzu ...

KIDU anjur Kursus Bahasa Arab Persediaan Ke Timur Tengah

Kolej Islam Darul Ulum melangkah maju dalam memberi pendedahan dan pembalajaran bahasa Arab kepada semua peringkat. Dengan kejayaan penganjuran Kem Bahasa Arab peringkat Rendah dan Menengah yang di anjurkan saban tahun serta mendapat penyertaan yang menggalakkan, KIDU sekali lagi menawarkan program berteraskan bahasa Arab kepada para pelajar yang akan menyambung pengajian di Timur Tengah. Kursus Bahasa Arab Persediaan ke Timur Tengah bermula pada 3 Jun hingga 29 Jun 2012 dirangka khusus untuk para pelajar yang akan mendaftar pengajian di Negara-negara Arab samada di Mesir, Jordan, Morocco dan sebagainya. Penolong Pendaftar, Saudara Mohd Hanifi menjelaskan keistimewaan program ini adalah kaedah pembelajaran yang menarik untuk diikuti. Ianya menekankan 5 prinsip pembelajaran agar para pelajar yang menamatkan kursus di sini mampu mengaplikasikan bahasa Arab dengan baik terutama di bumi Arab. Pemahaman Bahasa Arab menjadi keutamaan di dalam kaedah pembelajaran di kursus ini dengan pe...