Skip to main content

Program Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)


Tawaran untuk para pelajar lepasan SPM dan mereka yang ingin mengulang / menduduki peperiksaan STAM.

Silibus Pengajian STAM di KIDU:
1.       Silibus Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.       Silibus khas yang direka untuk memastikan para pelajar lulus dengan cemerlang.
3.       Kelas Hafazan al-Quran.
4.       Kelas Pemantapan Bahasa Arab dan persediaan ke Timur Tengah
5.       Para pelajar diberi pendedahan berkenaan isu-isu semasa dengan program yang menarik.

Keistimewaan STAM di KIDU :
1.       Yuran yang berpatutan.
2.       Aktiviti keagamaan yang memantapkan kerohanian.
3.       Program pendedahan yang berguna untuk masa depan pelajar.
4.       Penginapan disediakan termasuk musolla, padang permainan dan sebagainya.
5.       Program pembangunan dan kemantapan Bahasa Arab

Yuran hanya RM 110 / bulan. (Pengajian dan penginapan).

Daftar segera atau datang terus di hari pendaftaran pada :
1 Januari 2013 (Selasa)
9.00 Pagi hingga 4.00 Petang.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

PELUANG PENGAJIAN DI KIDU

KIDU berbesar hati menjemput semua yang ingin melanjutkan pengajian di Kolej Islam Darul Ulum. Selain menawarkan Program Diploma Syariah, KIDU juga turut membuka peluang pengajian kepada semua dengan menyediakan tiga Program lain iaitu; Tamhidi Bahasa Arab (Asasi Bahasa Arab), Tamhidi SPM (Fast Track SPM) dan STAM. TAMHIDI BAHASA ARAB Kelas Pengajian Tamhidi Bahasa Arab yang dijalankan selama 5 hingga 10 bulan dengan menumpukan pengajian dalam penguasaan Bahasa Arab asas dan ilmu Islam termasuk pengajian Al-Quran secara lisan dan hafazan. Di akhir pengajian pelajar akan menduduki peperiksaan bagi kelayakan Sijil Tamhidi dan layak untuk memohon untuk mengikuti pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau program Diploma Syariah KIDU pada sesi seterusnya. TAMHIDI SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) Program Pengajian Tamhidi SPM (Fast Track) adalah program persediaan bagi calon-calon SPM bagi tahun tersebut. Tempoh pengajian adalah selama 11 bulan bermula dari bulan Januari hingg

Pelajar SPM, STAM dan TAMHIDI 2022

Ahlan wasahlan buat para pelajar ambilan SPM, STAM dan TAMHIDI. Pada hari Isnin 4 April 2022 Kolej Islam Darul Ulum telah mengadakan hari pendaftaran kemasukan pelajar baru. Selamat datang ke bumi tarbiyah Muassasah Darul Ulum. Pelajar yang mendaftar datang bukan sahaja dari negeri Kedah malah terdapat juga pelajar dari Selangor, Pulau Pinang dan Kemboja. 

SPM FT 2022/2023

 SPM FT 2022/2023 Anak-anak pelajar SPM FT KIDU 2022/2023 Bismillah, Alhamdulillah esok (8 Jun 2023) Khamis akan diumumkan keputusan bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang lalu. Tiada doa yang dipinta melainkan semoga diberi kejayaan yang cemerlang kepada semua anakda yang bersungguh-sungguh dalam pembelajaran yang lalu. Bittaufiq wannajah semua !