1 Syawal – Beberapa hari sahaja lagi kita akan meninggalkan ramadhan . Bulan barakah bulan yang sangat istimewa. Ramadhan seumpama madrasah yang mengandungi kurikulum dan sukatannya yang tersendiri yang disediakan oleh Tuhan Rabul Jalil bagi mendidik siswa - siswinya dengan pakej yang begitu unik bagi lahir sebagai mahasiswa yang cemerlang dengan anugerah “ Takwa “ pada hari konvokesyennya di bulan sywal.
Berapa ramai siswa siwi madrasah ramadhan yang tidak berjaya dijemput untuk menerima ijazah pada hari konvokesyennya kerana tidak lulus dan perlu mengulang semula pada tahun yang seterusnya.
Semoga kita semua layak menerima anugerah di konvokesyen ramadhan dan merasa gembira dengan penuh syukur seperti Sabda Nabi saw
“ Bagi yang berpuasa dua kegembiraan , pertama hari raya kedua bertemu Tuhan di syurga “
Apa yang penting latihan ramadhan selama sebulan adalah contoh diari muslim yang diredhai Alah, maka teruskan diari dan takwim ramadhan ini sepanjang hidup...